KL CHRONICLE: Bersih 4 Biadap, Mahu Teruskan Demo Walaupun ada Raptai Hari Merdeka

Monday, August 17, 2015

Bersih 4 Biadap, Mahu Teruskan Demo Walaupun ada Raptai Hari Merdeka

Pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka tetap bertegas meneruskan perhimpunan Bersih 4 dan cuba bergerak sehampir mungkin ke Dataran Merdeka sekiranya dihalang memasuki kawasan berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.

Penganjur perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan akhir bulan ini bersikap keras kepala dan biadap apabila berkeras mahu terus berdemo walaupun mungkin menggangu raptai Hari Merdeka yang diadakan setiap tahun menjelang Hari Kemerdekaan negara.  

Pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka tidak mendengar ada pihak merancang mengadakan raptai sebelum perhimpunan 34 jam itu, yang dijadualkan berlangsung dari 29 hingga 30 Ogos ini.



"Tetapi jika adapun, kita tetap akan cuba bergerak sehampir mungkin ke Dataran sekiranya kita tidak boleh masuk ke dalam.

"Kita akan berkhemah di kawasan sekitar Dataran," kata beliau.

Perarakan Hari Merdeka dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Kebiasaannya, mereka akan mengadakan raptai di lokasi itu beberapa hari sebelum acara sebenar.

Rancangan Bersih mengadakan perhimpunan ke-4 di sana menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana ia akan mengganggu latihan kemerdekaan.

Maria juga mengetepikan isu kesesakan lalu lintas yang mungkin timbul sekiranya mereka mengambil keputusan berkhemah di kawasan sekitar Dataran itu.

"Raptai itu juga akan mengganggu lalu lintas, jadi apa bezanya?" soal beliau merujuk kepada penutupan jalan yang biasanya akan dilakukan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget