KL CHRONICLE: #BeraniKeranaBenar Tan Sri Shahrir jawab dakwaan terima dana dari PM @NajibRazak

Monday, August 17, 2015

#BeraniKeranaBenar Tan Sri Shahrir jawab dakwaan terima dana dari PM @NajibRazak


Ketegasan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubungan serangan media asing terhadap kerajaan dan Perdana Menteri terutama dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion turut menjadikan beliau mangsa serangan Sarawak Report.



Portal berkenaan mendedahkan Shahrir yang juga Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Johor Bharu ada menerima RM1 juta daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain beliau, turut diviralkan bahawa Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyanti Samsudin menerima dana daripada Najib yang juga Presiden UMNO.

Ahmad adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri manakala Ermieyanti selain Timbalan Menteri Pelancongan adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO.Shahrir dalam penjelasannya kepada BNBBC.my bagaimanapun tidak menafikan meminta bantuan kewangan daripada Najib.

“Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian saya kalau bukan dari presiden parti saya sendiri,” katannya mengulas laporan Sarawak Report yang diviralkan sejak semalam.

Menurut Shahrir beliau sentiasa bersedia bekerjasama untuk menjelaskan penggunaan wang itu dengan pihak penyiasat sekiranya diminta berbuat demikian.

Katanya, bantuan presiden parti kepada mana-mana bahagian adalah lumrah terutama bahagian yang tidak mempunyai dana.“Itu menjelaskan duit yang diterima presiden parti  adalah untuk kegunaan parti,” jelasnya lagi.

Ditanya kemungkinan kerana kelantangan beliau dan BNBBC mempertahankan kerajaan dan pemimpin terutama dalam isu 1MDB, Shahrir berkata, tindakan itu selaras dengan peranan BNBBC.

 “Tak kan saya nak menghukum sesiapa berasaskan laporan media terutama media asing. Saya kena pertahan proses dan institusi sedia ada,” katanya.

1 comment:

Unknown said...

Mcm mintak nyawa je gamaknya.
Apapun tahniah Shahrir, baru RM 1 juta beb,ada lagi 2.599 b
Lepas ni SPRM boleh la siasat perjalanan duit tu pulak ye
Paling menarik, nampaknya laporan / berita Sarawak Report ada kesahihannya !!!

Memang pelik perangai Najib dan puak pengampu ni...Harakah, Suara Keadilan, Roket dah berpuluh tahun menghasut dan menipu, tindakan....hampeh
Tapi Sarawak Report, The Edge dgn WSJ , kaw2 kena belasah. Berita tipu ATAU ....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget