KL CHRONICLE: Akhirnya Bersih 2.0 Didapati Menipu, Mahkamah Benarkan SPR teruskan persempadanan semula

Sunday, August 9, 2015

Akhirnya Bersih 2.0 Didapati Menipu, Mahkamah Benarkan SPR teruskan persempadanan semula



Gabungan NGO pembangkang, Bersih 2.0  yang selama ini mencanang keseluruh negara mengatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  kononnya tidak mengikut perlembagaan persekutuan dalam proses persempadanan semula di Sarawak akhirnya didapati MENIPU.


Ini susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan proses persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri Sarawak.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR akan meneruskan proses itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan bagi menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Keputusan Mahkamah Rayuan ini membuktikan bahawa tindakan SPR dalam proses persempadanan semula ini adalah memenuhi perundangan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kami di #KLChronicle sebenarnya gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan kerana dengan ini terbukti bahawa selama ini Bersih 2.0 hanya berminat untuk menggangu proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR yang secara terang-terangan mengikut perlembagaan. 

Jadi persoalan sekarang, apa lagi Bersih 2.0 nak tipu selepas ini?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget