KL CHRONICLE: @AKaprawi TIDAK PERNAH khianati amanah pada Bangsa Johor

Tuesday, August 4, 2015

@AKaprawi TIDAK PERNAH khianati amanah pada Bangsa Johor


Saya  berasa terkilan dan kecewa dengan komen-komen yang diberikan oleh beberapa anak kepada kepimpinan UMNO Johor yang membidas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi kerana mengkritik bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Secara jujurnya, saya sendiri berada didalam dewan ketika ucapan Datuk Aziz Kaprawi merasmikan mesyuarat tiga (3) sayap UMNO Bahagian Lembah Pantai. Apa yang dikatakan Datuk Aziz Kaprawi iaitu "Tan Sri Muhyiddin khianat kepada Presiden Parti" 



kami setuju 100%. Ini kerana, didalam sebuah kapal, tidak boleh ada dua (2) nakhoda, perlu ada satu pemimpin dan yang selebihnya adalah pengikut. Namun, Tan Sri Muhyiddin telah membuktikan beliau tidak boleh menjadi pengikut yang baik malah cuba menentang pemimpin sedia ada yang dipilih oleh ahli UMNO. Tidak ada salah disitu. A fair point was made. 

Namun, selepas intipati ucapan itu menjadi umum, terdapat mereka-mereka, lebih spesifik lagi iaitu penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dan golongan kecewa di UMNO Sri Gading mula menyerang Datuk Aziz Kaprawi dengan mengatakan beliau (Datuk Aziz) telah "mengkhianati" Bangsa Johor. Kami di #KLChronicle tidak mahu menyentuh tentang "Bangsa Johor" tetapi ingin bertanya yang dikritik adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun mengapa "Bangsa Johor" yang dibangkitkan sebagai isu? 

Datuk Aziz Kaprawi secara terang mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana TSMY telah khianat kepada kepimpinan parti. Beliau (Datuk Aziz) tidak pernah mengkritik Bangsa Johor. Ini adalah satu fakta yang cuba dimanipulasi oleh penyokong Tan Sri Muhyiddin dan golongan kecewa di Sri Gading untuk memberikan persepsi bahawa Datuk Aziz Kaprawi mengkritik Bangsa Johor, ini adalah satu fakta yang salah sama sekali!

Bagi pengetahuan umum, Datuk Aziz Kaprawi telah memegang beberapa jawatan penting didalam pentadbiran kerajaan Negeri Johor. Beliau merupakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Parit Raja selama dua penggal iaitu dari tahun 2004 - 2013. Ini menunjukkan beliau telah berkhidmat selama hampir 10 tahun sebagai wakil rakyat untuk Bangsa Johor. Malah, bukan sahaja menjadi ADUN, beliau juga dilantik menjadi EXCO Kerajaan Negeri Johor selama dua penggal dan telah diberi portfolio penting iaitu Pertanian dan Belia. Ini menunjukkan Istana Johor juga mengiktiraf kepimpinan Datuk Aziz Kaprawi sebagai seorang pemimpin Bangsa Johor yang berwibawa. 

Satu lagi perkara yang perlu ditekankan, sepanjang beliau memegang jawatan EXCO Kerajaan Negeri Johor, beliau telah memperkenalkan pelbagai program baru untuk membantu Bangsa Johor antaranya merancakkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan mengubah polisi peruntukkan pertanian dimana ini memberi manfaat besar kepada Bangsa Johor apabila peruntukkan pertanian adalah lebih adil dan saksama. 

Ketika beliau menjadi EXCO Belia, beliau telah memperkenalkan Danga Bay International Games yang merupakan satu program sukan melibatkan seluruh kawasan Asean. Program ini juga telah membuka peluang perniagaan kepada Bangsa Johor sekaligus memberi peluang belia menambah pendapatan mereka. Selain itu,  Datuk Aziz Kaprawi juga memperkenalkan sukan komuniti yang kini model tersebut digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dibawah kepimpinan Encik Khairy B Jamaluddin. 

Sebagai EXCO Belia, beliau juga telah mewujudkan program JOM iaitu "Jumpa orang Muda" dimana anak muda Bangsa Johor boleh berjumpa beliau dan berbincang berkaitan apa sahaja isu semasa dan memohon bantuan-bantuan yang boleh diberi oleh kerajaan negeri. 

Dengan semua sumbangan dan jasa beliau di kawasan Parit Raja, Sri Gading dan negeri Johor, saya rasa tidak wajar bagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan golongan kecewa di Sri Gading melabel Datuk Aziz Kaprawi sebagai mengkhinati Bangsa Johor. Malah, mereka ini yang melabel beliau sedemikian harus muhasabah diri dan tanya diri mereka sendiri apa sumbangan mereka kepada Bangsa Johor?

Kepada Allah swt Kami Berserah

Anak Johor di Kuala Lumpur 

3 comments:

jangan macam tu said...

Abis tu sewaktu Ali Sheikh lawan Ahmad Rais dalam PRU kenapa aziz boikot Ali sebagai calun BN dan ahli UMNO yang bertanding...itu adalah amanah rakyat Johor kerana UMNO lahir di Johor...kalau berani suruh dia junjung Quran lah menafikan...apa yang orang pertikaikan adalah PC yang aziz buat dalam astro awani...sindrom penafian lagi kali ni

jangan macam tu said...

Abis tu sewaktu Ali Sheikh lawan Ahmad Rais dalam PRU kenapa aziz boikot Ali sebagai calun BN dan ahli UMNO yang bertanding...itu adalah amanah rakyat Johor kerana UMNO lahir di Johor...kalau berani suruh dia junjung Quran lah menafikan...apa yang orang pertikaikan adalah PC yang aziz buat dalam astro awani...sindrom penafian lagi kali ni

jangan macam tu said...

Abis tu sewaktu Ali Sheikh lawan Ahmad Rais dalam PRU kenapa aziz boikot Ali sebagai calun BN dan ahli UMNO yang bertanding...itu adalah amanah rakyat Johor kerana UMNO lahir di Johor...kalau berani suruh dia junjung Quran lah menafikan...apa yang orang pertikaikan adalah PC yang aziz buat dalam astro awani...sindrom penafian lagi kali ni

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget