KL CHRONICLE: #1MDB Bebas Sebarang Pertuduhan, Penyokong Tun M apa lagi nak belit?

Tuesday, August 4, 2015

#1MDB Bebas Sebarang Pertuduhan, Penyokong Tun M apa lagi nak belit?


1MDB bebas tuduhan

“1MDB menyambut baik kenyataan yang jelas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengesahkan bahawa tiada dana daripada 1MDB dipindahkan kepada Perdana Menteri.




Kami sentiasa menyatakan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan media pada 3 Julai 2015, dengan keyakinan bahawa kebenaran akan terbukti.

Bagi berterusan menyatakan sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dalam blognya semalam, merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan percubaan secara sengaja untuk menjejaskan syarikat.

Ini meskipun 1MDB telah mengeluarkan ringkasan penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun 2015, yang merupakan maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014. 

Sekali lagi kami berkongsi di sini dua infografik ringkasan tersebut.”

5 comments:

zgmail said...

kelakar la...agak2 la klu nk bela jibby sekali pun!!! cuba tuan admin bgtau dermawan mana yg sanggup memberi dana sebanyak RM2.6b kpd PM? APAKAH TIDAK ADA APA2 HABUAN YG MENANTI PEMBERI DANA TERSEBUT?

Abu Bakar said...

Isunya di sini adalah perbuatan Najib ini boleh didakwa di bawah kesalahan pengubahan wang haram. Ini kerana jumlah wang yang disalurkan itu tak kiralah kecil atau besar, tetapi wang itu tidak diketahui sumbernya, patutnya perkara ini perlu diishtiharkan kepada pihak yang berwajib, apakah Najib menghishtiharkan kemasukkan dana itu kepada pihak yang berwajib mengenai jumlah, dari siapa pendermanya, dari sumber mana penderma itu, kerana kita risau sumber 'derma' itu adalah sumber yang menyalahi undang-undang seperti pelacuran, perjudian, dadah, vcd/dvd/kaset cetak rompak, barangan tiruan, pemerdagangan manusia, pejualan organ manusia, urusniaga senjata api yang menyalahi peraturan antarabangsa, pusat maksiat, pemerasan, ceti haram, rasuah, atau lain-lain sumber yang meragukan.

Oleh itu pihak berkuasa terutama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman perlu menyiasat perkara ini. Jika terlibat dengan unsur rasuah, maka serahkan kepada pihak SPRM, tapi kalau jenayah lain seperti diatas tu, maka Jabatan Siasatan Jenayah perlu ambil tindakan siasatalah.

Apa yang pelik kini adalah para penyiasat dari SPRM, BNM, serta Jabatan Peguam Negara, malahan Peguam Negara pun dipecat dari jawatannya serta merta tanpa sebarang alasan yang munasabah, siap bohong lagi kata Tan Sri Gani sakit, sedangkan dia masih ok dan bila datang ke pejabat, dia dihalang masuk ke pejabatnya, malahan notis pun tak diberikan kepada Tan Sri Gani mengenai pemecatannya itu, apahal ni semua?

Pihak PDRM perlu segera menahan Najib, kerana dia sekarang ni dah dianggap sebagai suspek kes jenayah, sampai bila nak biarkan suspek jenayah itu bebas di luar sana? Jangan jadikan kes Najib ini sebagai rujukan oleh orang lain yang buat jenayah di masa akan datang untuk mencabar penangkapan mereka oleh PDRM pula selepas ini.

Nanti kita tak maulah bila ada suspek pengubahan wang haram ditangkap dia nak lepaskan diri maka digunakan alasan PDRM tak tangkap Najib walaupun Najib ada kes pengubahan wang haram. Apa akan jadi dengan undang-undang kita kelak?

Kesimpulannya Najib perlu ditangkap atas dakwaan membuat pengubahan wang haram, jika tiada tangkap dibuat oleh pihak polis, maka pihak SPRM perlu menyiasat pihak PDRM terutama Ketua Polis Negara atas dakwaan tidak menjalankan tugas dengan betul dan melakukan salah guna kuasa dengan tidak menangkap suspek jenayah.

Sedarlah semua.

Abu Bakar said...

Pembetulan:

Isunya di sini adalah perbuatan Najib ini boleh didakwa di bawah kesalahan pengubahan wang haram. Ini kerana jumlah wang yang disalurkan itu tak kiralah kecil atau besar, tetapi wang itu tidak diketahui sumbernya, patutnya perkara ini perlu diishtiharkan kepada pihak yang berwajib, apakah Najib menghishtiharkan kemasukkan dana itu kepada pihak yang berwajib mengenai jumlah, dari siapa pendermanya, dari sumber mana penderma itu, kerana kita risau sumber 'derma' itu adalah sumber yang menyalahi undang-undang seperti pelacuran, perjudian, dadah, vcd/dvd/kaset cetak rompak, barangan tiruan, pemerdagangan manusia, pejualan organ manusia, urusniaga senjata api yang menyalahi peraturan antarabangsa, pusat maksiat, pemerasan, ceti haram, rasuah, atau lain-lain sumber yang meragukan.

Oleh itu pihak berkuasa terutama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman perlu menyiasat perkara ini. Jika terlibat dengan unsur rasuah, maka serahkan kepada pihak SPRM, tapi kalau jenayah lain seperti diatas tu, maka Jabatan Siasatan Jenayah perlu ambil tindakan siasatalah.

Apa yang pelik kini adalah para penyiasat dari SPRM, BNM, serta Jabatan Peguam Negara, ditangkap dan disoal siasat oleh pihak polis, malahan Peguam Negara pun dipecat dari jawatannya serta merta tanpa sebarang alasan yang munasabah, siap bohong lagi kata Tan Sri Gani sakit, sedangkan dia masih ok dan bila datang ke pejabat, dia dihalang masuk ke pejabatnya, malahan notis pun tak diberikan kepada Tan Sri Gani mengenai pemecatannya itu, apahal ni semua?

Pihak PDRM perlu segera menahan Najib, kerana dia sekarang ni dah dianggap sebagai suspek kes jenayah, sampai bila nak biarkan suspek jenayah itu bebas di luar sana? Jangan jadikan kes Najib ini sebagai rujukan oleh orang lain yang buat jenayah di masa akan datang untuk mencabar penangkapan mereka oleh PDRM pula selepas ini.

Nanti kita tak maulah bila ada suspek pengubahan wang haram ditangkap dia nak lepaskan diri maka digunakan alasan PDRM tak tangkap Najib walaupun Najib ada kes pengubahan wang haram. Apa akan jadi dengan undang-undang kita kelak?

Kesimpulannya Najib perlu ditangkap atas dakwaan membuat pengubahan wang haram, jika tiada tangkap dibuat oleh pihak polis, maka pihak SPRM perlu menyiasat pihak PDRM terutama Ketua Polis Negara atas dakwaan tidak menjalankan tugas dengan betul dan melakukan salah guna kuasa dengan tidak menangkap suspek jenayah.

Sedarlah semua.

Pelikat Rock said...

PM sebenarnya cuba menaikkan ekonomi dgn mencari sumber kewangan tanpa libatkan syarikat utama yg semuanya proksi Tun M. Dulu Tun M banyak bela syarikat cina kerana boleh dapat hasil sebab tu DAP pun sokong. Najib pula terpaksa guna kaedah 'melabur' untuk dapat hasil. Bukan boleh minta suka hati kerana silap haribulan kita boleh terperangkap dgn hutang dlm negara. 1MDB salah satu kaedah kerajaan utk elak beban hutang dgn cara melabur. Tun M tak suka sebab tak melibatkan proksi dia. Kalau boleh dia mahu kawal ekonomi. Tun M tersilap kerana tidak melantik dirinya sbg menteri kanan mirip Lee Kuan Yew kerana sangka dia masih boleh pegang ekonomi negara dgn kekuatan syarikat yg ada. Sebab itu dia anti 1MDB yg boleh dianggap pembunuh kekuatannya.

tobeng said...

Satu dunia gelak kat kitalah.Korang janganlah menipu diri sendiri.Undang2 mana di dunia ini yg membenar dan menghalalkan seorang penjawat awam tak kiralah peon ke pm ke menerima duit 'derma' ke dalam akaun peribadi?Kau carilah negara mana atau ikut undang2 sivil atau syariah sekalipun.

Sepatutnya SPRM kena siasat sumber dari mana wang itu datang dan kemana wang itu telah pergi.Kalau bukan dr sumber yg berkaitan 1mdb tentulah dari sumber lain yg perlu didedahkan.Mungkinkah dari arab,amarika atau yahudi?Kemana perginya duit itu?Mungkinkah ke akaun peribadi pihak ketiga atau untuk parti atau perkara2 lain yg mungkin salah di sisi undang2?

Kalau di negara2 maju sebaik saja disahkan duit sebanyak itu masuk ke akaun peribadi pm,serta merta pm akan ditahan atau disiasat.Tapi di Malaysia mungkin mentaliti dan kesedaran rakyatnya masih rendah.Mentaliti rakyat dunia ketiga.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget