KL CHRONICLE: @azwanbro @ibdil @shahrilhamdan @zuhri @daxmuhamad cuba sabotaj PM @NajibRazak?

Saturday, July 25, 2015

@azwanbro @ibdil @shahrilhamdan @zuhri @daxmuhamad cuba sabotaj PM @NajibRazak?


#KLChronicle : Artikel dari MyKMU dan tuduhan bahawa EXCO-EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Pegawai Khas Khairy Jamaluddin cuba untuk mensabotaj Presiden parti merupakan satu tuduhan yang amat berat dan serius.

Bagi kami, Satu siasatan wajar dilakukan oleh Jawatankuasa Tatatertib parti bagi memastikan kesahihan tuduhan yang dilemparkan. Malah, jika kelima-lima individu diatas rasa mereka difitnah, lebih elok mereka saman MyKMU bagi membersihkan nama mereka yang kini telah dikaitkan dengan "game" jijik dalam cubaan menjatuhkan Presiden parti.

Artikel asal seperti dibawah:


Sekumpulan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat dan mereka yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dipercayai sedang bergerak mempengaruhi pemuda agar tidak menyokong Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

Kami menerima “printscreen” rangkaian perbualan Whatsapp yang mengandungi perbualan individu-individu YANG DIPERCAYAI sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun (Wan Bro), Pengerusi Media Sosial Pemuda UMNO (EXCO) Ibdillah Ishak, EXCO Pemuda UMNO (Pengkaderan Politik), Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz, EXCO Pemuda UMNO (Profesional Muda), Shahril Hamdan, Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Dax Muhammad. Turut terdapat dalam perbualan terbabit ialah Penolong Setiausaha Datuk Saffri Abdul Aziz namun tidak mengulas panjang.

Perbualan mereka antara lain mendakwa Perdana Menteri seorang yang berpura-pura jadi tidak salah mereka berpura-pura sokong PM tetapi berbuat sebaliknya. Individu yang menggunakan nama DAX Muhammad juga menyatakan PM merayu sokongan Khairy Jamaludin.

Ibdillah meyakinkan kumpulan ini bahawa beliau mempunyai pasukan media siber yang besar yang boleh menentang penyokong Najib Razak namun enggan menggunakan buat masa ini bagi menyembunyikan kekuatan.

Mereka juga mengkritik Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhamad Khairun Aseh yang dikatakan sedang menarik sokongan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyokong Perdana Menteri.

Beberapa bulan lalu kami mendedahkan bahawa terdapat gerakan dalam Pemuda UMNO Malaysia yang mahu menjatuhkan atau sekurang-kurangnya melemahkan kedudukan Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Tun Razak – MYKMU.NET

SUMBER :  Pemimpin Pemuda UMNO pro-KJ Rancang Sabotaj Najib kali Kedua? | MYKMU.NET - http://www.mykmu.net/2015/07/pemimpin-pemuda-umno-pro-kj-rancang-sabotaj-najib-kali-kedua/

4 comments:

Unknown said...

Baguslah kalau mcm tu..kami ahli akar umbi Umno pn sdh hilang kepercayaan terhdp presiden.. lebih afdal lgi sekiranya timbalan dpt ganti tempat presiden.. nmpak semacam ada penyelewengan, kecurian duit dlm skandal 1MDB..

jgn jadi bodoh!!! said...

repot pdrm la..ni kes konspirasi mnjatuhkn PM!!

#PECATJIBBY

jgn jadi bodoh!!! said...

repot pdrm la..ni kes konspirasi mnjatuhkn PM!!

#PECATJIBBY

jgn jadi bodoh!!! said...

repot pdrm la..ni kes konspirasi mnjatuhkn PM!!

#PECATJIBBY

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget