KL CHRONICLE: #UTurn, Kini Kadir Jasin kata PM @NajibRazak akan Kekal Tadbir Negara

Tuesday, July 21, 2015

#UTurn, Kini Kadir Jasin kata PM @NajibRazak akan Kekal Tadbir Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kelab penyokong eksklusifnya di Umno mungkin tidak akan memenangi pertempuran dalam pendapat awam tetapi mereka ada kuasa politik, kata seorang bekas ketua pengarang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Julai, 2015.
Perdana Menteri mendapat sokongan padu ahli akar umbi UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan kekal berkuasa kerana mendapat sokongan daripada panglima perang dan ahli akar umbi serta penyokong parti Umno, kata Datuk A. Kadir Jasin hari ini.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, Najib yang kini diserang dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan desakan supaya meletakkan jawatan, mungkin tidak memenangi suara rakyat tetapi akan terus memerintah negara melainkan ada pemberontakan dalaman Umno.



"Najib dan kelab penyokong eksklusifnya mungkin tidak akan memenangi pertempuran dalam pendapat awam tetapi mereka ada kuasa politik, sekurang-kurangnya bertahan sehingga pilihan raya akan datang.

 "Beliau tidak perlukan sokongan yang mencurah-curah. Beliau hanya perlukan menteri, ketua bahagian Umno, media arus perdana dan penyokong yang setia kepadanya," katanya dalam blog sempena tulisan artikelnya ke-1,000, hari ini.

Kadir berkata, walaupun pelbagai kritikan terhadap Najib, termasuk kelantangan pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat secara berterusan, perdana menteri itu akan terus kekal.

"Dr Mahathir, penulis blog, Sarawak Report, pembangkang, kumpulan perbualan melalui WhatsApp, pengguna Instagram dan Facebook boleh mengkritik dan bercakap, malah boleh menganggap mereka berjaya tetapi Najib akan kekal.

"Melainkan ada pemberontakan Umno, Najib akan terus kekal.

"Dengan kuasa yang ada padanya melalui sokongan undi Barisan Nasional semasa pilihan raya umum 2013, beliau boleh terus memerintah, walau apa pun yang terjadi, sehingga pilihan raya akan datang. Ini realitinya sekarang," katanya.

3 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

Apa yang uturn??maksud dia nak buat mcm mana klu Penipu dapat sokongan pimpinan atasan..sapa yg boleh tmbangkan..kecuali ada pemberontakan..skang jibby masih selamat..sedap kan..sabar....

jgn jadi bodoh!!! said...

Apa yang uturn??maksud dia nak buat mcm mana klu Penipu dapat sokongan pimpinan atasan..sapa yg boleh tmbangkan..kecuali ada pemberontakan..skang jibby masih selamat..sedap kan..sabar....

Unknown said...

Sudahlah anti PM Ini bukan soal selamat tak selamat tapi setia tak setia. Penentang PM sekarang telah di cop golongan tak setia pada parti. Awak ingat orang UMNO masih percaya kelompok ini lagi? Tunggulah perbicaraan nanti baru tahu langit tinggi rendah. Dokumen 1MDB jelas 100% palsu dan siapa yg bertonggengjawab sebarkan? Puak ini jugak. Nasihat saya PM tak perlu penat jawab. Biar media buat liputan besar di mahkamah tak kisahlah di Thailand biar seeeeeemua rakyat tahu. Lain kali kalau nak jatuhkan pemimpin jgn guna maklumat palsu. Habis krediliti awak. 50% sokongan boleh hilang.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget