KL CHRONICLE: Ucapan @IsmailSabri60 di Kementerian Baru

Friday, July 31, 2015

Ucapan @IsmailSabri60 di Kementerian Baru


Ucapan pertama YBM  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada warga pengurusan tertinggi KKLW.

Pertamanya, saya bersyukur kehadrat Allah kerana diberi amanat dan tanggungjawab sebagai menteri di kklw.



Walaupun saya dari Moa ke kklw - kementerian baru,  namun fokusnya tidak banyak berbeza.

Dari segi fokus ekonominya juga tidak berbeza kerana Stakeholders Moa dan kklw adalah kumpulan yang hampir sama.

Sebab itu kebanyakan program Moa dan kklw dulu dibuat secara nbos (bersama).

Luar Bandar sgt hampir dgn saya kerana saya orang kampung dan orang asli ramai di kawasan saya.

Saya pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar Backbenchers suatu ketika dulu.

Taklimat secara detail jabatan dan agensi saya minta dibuat dari semasa ke semasa. Fokus kita kepada yang penting dahulu untuk saya memahami fungsi dan peranan jabatan dan agensi.

Saya akan meneruskan segala program dan dasar yang telah dirancang oleh menteri yang lama. Dan selepas itu kita akan rancang dan laksanakan plan baru.

Secara peribadi saya menganggap kklw sbg kementerian yang sangat penting.  Stakeholders kita merupakan orang yang loyal dan merupakan penyokong kerajaan.

Saya tidak boleh berkompromi dua hal iaitu dalam soal; integriti & sokongan terhadap kerajaan hari ini. Kalau stakeholders kita adalah penyokong kerajaan warga kerja kklw juga mestilah mempunyai semangat sedemikian.

Saya tidak boleh bekerja dengan orang yang menentang kerajaan di kementerian saya. Jika tidak mahu menunjukkan sokongan, jangan tunjukkan  tentangan.

Meski menteri bertukar ganti, saya mohon sokongan yang diberikan bukanlah kepada individu tetapi kepada Menteri kklw.

Dalam satu institusi yang besar ini kita bukan sahaja perlu bekerja sbg pasukan yang besar tetapi lebih daripada itu - sebagai sebuah keluarga yang besar. 

Sesiapa sahaja boleh datang ke pejabat saya untuk.memberi pandangan atau apa sahaja dan saya mengamalkan  sikap terbuka.

Post cabinet mestilah membincangkan hal2 dasar tentang kementerian supaya setiap yang terlibat mengetahui apa yang telah dan akan dilaksanakan kementerian. 

Saya berharap akan dapat kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget