KL CHRONICLE: Sebab Mengapa SPAD lulus kenaikan kadar khas 10% bagi tambang bas express

Friday, July 10, 2015

Sebab Mengapa SPAD lulus kenaikan kadar khas 10% bagi tambang bas express

Baru-baru ini pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meluluskan kenaikan kadar khas 10% bagi tambang bas express. Namun, ramai yang salah faham dengan mengatakan bahawa kenaikkan tambang 10% ini adalah kenaikan kekal. Namun sebenarnya kenaikkan 10% ini adalah kenaikkan sementara iaitu bermula 10 Julai hingga 27 Julai ini sahaja.  

Terdapat beberapa sebab mengapa SPAD terpaksa meluluskan kenaikkan kadar khas 10% ini. Antara sebabnya adalah:



PERTAMA

Kenaikan kadar khas 10% ini adalah untuk  memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala. Definisi "tergendala" disini boleh membawa maksud bahawa perkhidmatan bas express mungkin tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi lalu menyebabkan pengguna tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut ketibaan Syawal. Malah, SPAD juga berharap kenaikan kadar khas 10% ini juga akan mengelakkan unsur sabotaj dan boikot dari pengusaha-pengusaha bas express. 

KEDUA

Seperti diatas, sebab kenaikan kadar 10% juga bagi memastikan permintaan pengguna tehadap bas mencukupi di musim perayaan. Ini dapat dijayakan apabila pengusaha-pangusaha bas kilang dan bas tambahan juga dapat beroperasi kerana mereka tahu mereka dapat membuat sedikit keuntungan dari musim perayaan kali ini. Ini merupakan satu win - win situation bagi kedua-dua belah pihak iaitu pengguna dan pengusaha bas tambahan.

KETIGA

Malah, untuk memastikan kadar kenaikan tambang 10% ini berbaloi, SPAD telah meminta semua pengusaha bas express dan bas tambahan untuk memastikan:

1.  Menambah baik tahap pengendalian bas-bas tambahan
2.  Memperkemaskan sistem pengawasan bas ekspres 
3. Mengekalkan mutu perkhidmatan bas ekspres 

Kesemua perkara diatas dilakukan bagi bagi tujuan menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang pada musim perayaan. Malah untuk memastikan keselesaan penumpang diberi keutamaan, SPAD juga telah mengarahkan bas ekspres tambahan yang telah diluluskan permit pada musim perayaan ini di Kuala Lumpur haruslah bertolak atau tiba menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ini bagi memastikan pengawasan ketat dapat dilakukan dan juga mengelakkan penumpang ditipu dari ulat-ulat tiket. 

Secara konklusinya, saya berpendapat tindakan SPAD menaikkan kadar khas 10% kali ini berpatutan kerana banyak perkara tambahan yang perlu dilakukan oleh SPAD dan juga syarikat bas express juga terpaksa melakukan lebih banyak "trip" bagi menampung permintaan yang tinggi oleh penumpang. Akhir sekali,Kepada pengguna perkhidmatan bas ekspres yang mengalami masalah dan hendak membuat aduan bolehlah menghubungi talian SPAD 1-800-88SPAD (7723). 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget