KL CHRONICLE: Polis tahan Ali Tinju

Tuesday, July 14, 2015

Polis tahan Ali Tinju

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Ali Tinju ditahan polis kerana membuat ucapan berbaur perkauman di depan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, Ahad lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Julai, 2015.


Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Ali Tinju ditahan polis sebentar tadi mengikut Akta Hasutan berhubung ucapan berbaur perkaumannya di depan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan penahanan itu.



Ali, yang juga seorang aktivis ditahan di balai polis Dang Wangi kira-kira jam 11.30 pagi tadi di mana beliau dipanggil untuk beri keterangan.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Klip video Ali Tinju berucap di depan Plaza Low Yat, Ahad lalu turut dimuat naik ke akaun Facebooknya. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Julai, 2015.Klip video Ali Tinju berucap di depan Plaza Low Yat, Ahad lalu turut dimuat naik ke akaun Facebooknya. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Julai, 2015.

Tengah hari tadi ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom, 44, memberikan bayangan beliau mungkin "akan beraya di sebalik tirai besi".

Ali bagaimanapun menafikan ucapannya pada malam itu berbaur hasutan kerana beliau sendiri pulang ke rumah sebaik selesai memberi ucapan,

1 comment:

maae said...

Empat ekor anak cina tuu ?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget