KL CHRONICLE: PM @NajibRazak Umum Dividen dan "Duit Raya" untuk Warga Felda

Monday, July 13, 2015

PM @NajibRazak Umum Dividen dan "Duit Raya" untuk Warga Felda

najib peneroka

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), melalui anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengumumkan pembayaran dividen berjumlah lebih RM 59.2 juta kepada warga FELDA. Malah, lebih manis lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Razak juga telah menyampaikan duit raya kepada peneroka FELDA dengan jumlah keseluruhannya lebih RM29.6 juta. Jumlah keseluruhan wang yang akan diagihkan kepada peneroka adalah berjumlah hampir RM 88.8 juta. Dividen FGV dan pemberian duit raya akan dibayar mulai 13 Julai ini.



Bagi kami di #KLChronicle, kebolehan FELDA, termasuk FGV membayar jumlah wang sebegini kepada peneroka membuktikan bahawa FELDA "as a business entity" kini dalam prestasi yang amat memberangsangkan walaupun kita ketahui pihak pembangkang memang mensasarkan untuk menjatuhkan FELDA dengan apa cara sekalipun. Ini kerana FELDA merupakan "vote bank" kepada UMNO dan Barisan Nasional. Bagi tahun ini, Seramai 98,688 peneroka yang bersama Felda dan layak masing-masing akan menerima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya. 

Jika dilihat dari segi "track record", semenjak Datuk Seri Haji Najib Tun Razak memegang jawatan Perdana Menteri, beliau secara konsisten memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada peneroka FELDA, malah juga bantuan kepada generasi kedua kerana Datuk Seri Haji Najib Tun Razak sedar bahawa sumbangan peneroka FELDA kepada ekonomi negara sangat "significant" dan jasa mereka harus dihargai oleh kerajaan. 

Namun, kami di #KLChronicle kadang-kala akui agak kecewa dengan tindakan segelintir pihak, baik dari pihak pembangkang mahupun warga FELDA sendiri yang dilihat secara konsisten mengkritik FELDA seolah-olah FELDA tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada peneroka walaupun perkara ini tidak benar. Warga FELDA perlu sedar bahawa jika FELDA tumbang, tidak mungkin ianya bangkit kembali menjadi gergasi dalam industri sawit dan komoditi dunia. Oleh itu, wajarkah FELDA terus diserang? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget