KL CHRONICLE: Pendapat #KLChronicle FGV beli PT Eagle High, @tonypua berhenti sabotaj ekonomi negara

Tuesday, July 7, 2015

Pendapat #KLChronicle FGV beli PT Eagle High, @tonypua berhenti sabotaj ekonomi negara


Baru-baru ini, anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah membeli ekuiti sebanyak 37% dalam syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di Indonesia iaitu PT Eagle High dengan harga RM 2.37 Billion. Malangnya, pembelian oleh FGV ini telah mendapat tentang hebat oleh pihak pembangkang terutamanya oleh Tony Pua dari parti Cina Chauvinist DAP. 



Tony Pua cuba mensabotaj ekonomi negara dengan mengaitkan segala bentuk pelaburan oleh GLC sebagai isu Politik
Lebih jijik lagi, Tony Pua memberikan alasan bahawa FGV membeli PT Eagle High adalah kerana pemilik PT Eagle High kononnya merupakan "sahabat baik" Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak. Ini menunjukkan pemikiran cetek Tony Pua yang cuba mengaitkan apa sahaja perkara yang berlaku dalam kerajaan mahupun dalam Government Link Company (GLC) sebagai isu politik. 

Bagi kami di #KLChronicle, pembelian PT Eagle High oleh FGV merupakan satu "sound investment" ataupun pelaburan yang baik kerana sehingga kini FGV tidak mempunyai bank tanah yang besar di Indonesia manakala Eagle High mempunyai 425,000ha tanah di Kalimantan, Papua New Guinea (PNG) dan Sulawesi. Dari jumlah itu, hanya 160,000 telah digunakan untuk tanam kelapa sawit. 

Umum ketahui bahawa selepas Malaysia, Indonesia merupakan antara pengeluar kelapa sawit terbesar dunia kerana mereka mempunyai kawasan tanah subur yang besar diserata Indonesia. Namun, walaupun mempunyai tanah yang banyak, apa yang Indonesia tidak ada adalah kebolehan memproses minyak sawit. Disini FGV dapat memainkan peranan menggunakan kepakaran dan teknologi yang FGV ada untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. 

Malah, lokasi tanah yang dibeli oleh FGV di PNG memberikan FGV akses kepada pasaran negara China kerana PNG terletak dekat dengan China seperti juga Malaysia dan ini membolehkan FGV menjual produk mereka ke negara China dengan kuantiti yang banyak sekaligus menambah pendapatan FGV. Bila keuntungan FGV bertambah sudah tentu keuntungan FELDA juga akan bertambah sekaligus membawa manfaat yang besar kepada peneroka FELDA di seluruh negara. 

Oleh itu, apa yang nak kecoh-kecoh sangat FGV beli syarikat di Indonesia? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget