KL CHRONICLE: PAS Bidas @dapmalaysia, tidak akan tunduk desakan Chauvinist

Monday, July 13, 2015

PAS Bidas @dapmalaysia, tidak akan tunduk desakan Chauvinist

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab Adun PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015.

PAS Selangor hari ini mengesahkan akan tetap bersama Menteri Besar Selangor,  Azmin Ali dan kekal dalam kerajaan negeri kerana keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini hanyalah memutuskan kerjasama politik dengan parti Cina Chauvinist DAP.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam EXCO kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu.



"Sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat maka ketika itu PAS mungkin perlu menarik diri daripada sebarang kerajaan pakatan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar yang juga naib presiden PAS turut menegaskan kerajaan Selangor hari ini masih kerajaan Pakatan Rakyat berikutan tidak pernah ada pengumuman daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Selain itu, beliau berkata tiada juga sebarang pengumuman bersama daripada pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP pakatan itu sudah tidak lagi wujud.

Pada Sabtu lepas, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal berikutan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP mengecam serta melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget