KL CHRONICLE: Kini "Video" PM @NajibRazak Mula Tersebar di Media Sosial

Thursday, July 23, 2015

Kini "Video" PM @NajibRazak Mula Tersebar di Media Sosial


video
Nukilan
Insan Kerdil
Khas buat pemimpin

Ku hanya mampu memerhati
Aku mengerti, aku merasai
Pedihnya kau menahan hati
Separuh mati





Kau di hukumi
Sebelum di adili
Kau di sanggahi
Rakan taulan sendiri

Pedihnya tak terperi
Berdiri pun bertongkat bukti
Tidak semata maruah diri
Sesungguhnya Ya Rabbi demi hak dan hakiki

Namun wahai pemimpin
Tabahi lah. Gagahi lah.
Tawakkal lah. Yakin lah.

Bila tiba ketikanya nanti
Dengan izin ketentuan Illahi
Tuhan Maha Mengetahui
Lagi Maha Menguasai
Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi

CERITA KEBENARAN
azali abadi
Akan bersamamu, pasti
Menemani
Mengiringi

Ikhlas
dari insan kerdil
Kota Tinggi


Nota #KLChronicle : Insan kerdil Kota Tinggi ini merupakan anak muda di kawasan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid yang tertarik dengan kreativiti anak muda ini lalu mengambil langkah proaktif berkongsi video diatas dengan kami di #KLChronicle bagi menghargai segala jasa dan sumbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sepanjang hampir 7 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke - 6.

Walaupun diberi pelbagai cabaran dan dugaan, dari dalam mahupun luar negara Datuk Seri Najib Tun Razak tetap utuh dan istiqamah dalam membangunkan negara tercinta demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Beliau dicaci, dihina dan dikeji namun tidak pernah sesekali beliau melatah, marah mahupun bertindak diluar batasan undang-undang dalam membela diri. Segala tohmahan, fitnah dah cacian dijawab secara terbuka satu persatu tidak seperti mantan PM sebelum ini yang menggunakan "Ops Lalang" untuk memenjarakan para pengkritik kerajaan. 

Kami di #KLChronicle bersama Ahli Parlimen Kota Tinggi, sempena Hari Lahir PM pada 23 July ini mendoakan supaya YAB Perdana Menteri diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus menghadapi cabaran para hari-hari mendatang. Sesungguhnya mereka yang berada pada landasan yang benar tidak perlu gentar.

Kepada ALLAH swt kami Berserah.

Happy Birthday Datuk Seri Najib! #KekalNajib

1 comment:

Mak Bedah said...

Aku sudah baca rekaan sajak ini. Sungguh tersentuh perasaan simpati ku terhadap Presiden pemimpin Umno ini, memang benar sebagai pemimpin Negara dan pengerusi ASEAN pebagai cabaran fitnah dan tuduhan liar dilontarkan untuk menggulingkan PM Najib oleh samseng-samseng politik.

Tetapi bagaimana dengan Umno Pulaijaya 2 yang baru-baru ni mencemarkan PM Najib yang sudah banyak jasa membangunkan kehidupan rakyat Malaysia termasuk kawasan Pulaijaya ? Kenapa Menteri Besar Johor Khalid Nordin berdiam diri saja?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget