KL CHRONICLE: Kini @cmlimguaneng puji Gerakan Harapan Baru (GARU) Pimpinan Mat Sabu

Tuesday, July 21, 2015

Kini @cmlimguaneng puji Gerakan Harapan Baru (GARU) Pimpinan Mat Sabu

Mat Sabu merupakan antara "political ally" Guan Eng didalam PAS
Ada perbezaan besar antara kumpulan serpihan PAS iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan parti Islam itu sendiri, dan DAP boleh bekerjasama dengan mereka, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, perbezaannya jelas, apabila GHB dipimpin oleh sekumpulan orang Islam yang progresif dan sederhana.



"Kami boleh bekerjasama dengan mereka memandangkan objektif mereka adalah membina Malaysia yang lebih inklusif.

 "Mereka bukan seperti PAS, yang menyokong perdana menteri, yang membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang ketika diminta mengulas kritikan yang GHB tidak ada bezanya dengan PAS.

GHB ditubuhkan selepas pemimpin progresif PAS tewas dalam pemilihan parti pada awal Jun lalu. – 21 Julai, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget