KL CHRONICLE: Janda Berhias @N_Izzah kini mahu SPR batalkan Keputusan PRU - 13 Pulak Dah

Sunday, July 12, 2015

Janda Berhias @N_Izzah kini mahu SPR batalkan Keputusan PRU - 13 Pulak Dah


Anak kepada KETUM PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim nampaknya semakin hilang arah apabila kini beliau mahukann Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan keputusan PRU - 13 kononnya kerana dakwaan Wall Street Journal (WSJ) bahawa sejumlah wang iaitu USD 700 juta telah dimasukkan ke adalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak sebagai dana pilihanraya Barisan Nasional. 



Adakah Nurul Izzah telah lupa bahawa isu #1MDB kini sedang disiasat oleh tiga pihak iaitu Public's Account Committee (PAC), Juru Audit Negara (AG) dan juga Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Menurut laporan "interim' yang dikeluarkan oleh JuruAudit negara, tidak terdapat kesalahan dalam urusan #1MDB. Malah laporan JuruAudit negara juga telah disahkan oleh agensi berita antarabangsa Reuters. 

Ini menunjukkan bahawa fitnah WSJ dan pembangkang terdapat salahguna kuasa dan korupsi di dalam #1MDB tidak benar dan hanya merupakan fitnah jijik pembangkang untuk membuat rakyat rasa marah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional. Malah, bagi kami di #KLChronicle, tindakan Nurul Izzah mahu SPR batalkan keputusan PRU - 13 sekarang adalah kerana beliau sudah tidak yakin dengan "bukti-bukti" yang dibawa oleh Sarawak Report. 

Beliau tahu, jika beliau tunggu sehingga keputusan siasatan selesai, Perdana Menteri akan terbukti tidak bersalah dalam isu #1MDB. Sama seperti kes Altantuya dan komisen scorpene yang dicanang oleh pembangkang bahawa terdapat penglibatan oleh Perdana Menteri dan Keluarga namun sehingga hari ini tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan Perdana Menteri terlibat. Malah pasukan penyiasat dari Peranchis juga mengakui perkara ini dalam hasil siasatan mereka. 

Sebelum kami tamatkan artikel ini, kami ingin bertanya kepada Nurul Izzah kenapa beliau tidak mahu melepaskan kerusi Lembah Pantai apabila beliau didapati bersalah oleh mahkamah bahawa beliau menang di Lembah Pantai kerana memfitnah Datuk Seri Raja Nong Chik? Bukankah it will be "honorable" jika Nurul Izzah letak jawatan kerana didapati bersalah memfitnah?

Nampaknya bagi PKR dan Nurul Izzah memfitnah itu 'ok"  dan "biasa" jika melibatkan ahli mereka.Pathetic! 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget