Thursday, July 16, 2015

[Gambar] #DemiRakyat SPAD lakukan OPS SERKAP di Pudu Sentral Sebentar Tadi


Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah mengadakan Ops SERKAP bagi memeriksa penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena Cuti Hari Raya sebentar tadi di Pudu Sentral. 





Menyedari bahawa ketika musim perayaan, terutamanya Aidilfitri terdapat banyak kes penipuan penjualan tiket oleh ulat-ulat tiket, SPAD sejak beberapa tahun lepas telah meningkatkan pengawasan bagi memastikan tidak ada rakyat yang tertipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Objektif Ops Serkat sebentar tadi adalah untuk melakukan pemeriksaan penjualan tiket serta memastikan perjalanan bas-bas ke destinasi tepat pada masanya.


Kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Dato'Che Hasni dan SPAD kerana bersikap proaktif dalam memastikan keselamatan serta keselesaan rakyat ketika balik kampung kali ini. Terima Kasih. 

No comments:

Post a Comment