KL CHRONICLE: Akhirnya @tonypua mengaku jumpa Claire Rowcastle Brown di Singapura, Indonesia dan England

Wednesday, July 22, 2015

Akhirnya @tonypua mengaku jumpa Claire Rowcastle Brown di Singapura, Indonesia dan England


Akhirnya Ahli Parlimen @dapmalaysia Tony Pua mengaku bahawa beliau telah berjumpa Ketua Editor Sarawak Report, Claire Rowcastle Brown untuk mendapatkan informasi secara haram berkaitan syarikat #1MDB.



Persoalannya sekarang, memandangkan Tony Pua sudah mengaku beliau mempunyai hubungan dengan Sarawak Report, beliau harus meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) kerana terbukti beliau tidak lagi "neutral" dalam melakukan siasatan terhadap #1MDB.

Oleh itu, jika Tony Pua masih mempunyai maruah dan menghormati undang - undang, kami di #KLChronicle mendesak supaya beliau meletakkan jawatan didalam PAC dan juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana bekerjasama dengan kuasa asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi negara sebagai Perdana Menteri.

Bagi kami, tindakan Tony Pua ini merupakan satu pengkhianatan kepada negara dan beliau wajar dilabel sebagai pengkhianat negara!

#KLChronicle 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget