KL CHRONICLE: Akhirnya MCMC Sekat Website yang Menggangu-gugat kestabilan Negara

Sunday, July 19, 2015

Akhirnya MCMC Sekat Website yang Menggangu-gugat kestabilan Negara

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, iaitu The Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org), kerana telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan, setelah menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.




Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas.

Sehubungan itu, MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu. Kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.

Sebarang maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak MCMC di aduanskmm@cmc.gov.my

1 comment:

Kamarudin Di Malaysia said...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya Kamarudin seorang TKI DI Malaysia pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor 085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget