KL CHRONICLE: Tun Mahathir Akhirnya Akui Tan Sri Muhyiddin Gagal Sebagai Menteri Pendidikan

Wednesday, June 3, 2015

Tun Mahathir Akhirnya Akui Tan Sri Muhyiddin Gagal Sebagai Menteri Pendidikan



Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun telah melahirkan rasa dukacita dan kecewa beliau dengan Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan kerana telah gagal menyediakan satu model pendidikan negara yang baik dan mapan bagi memastikan pendidikan anak bangsa setaraf dengan negara maju yang lain. Perkara ini disampaikan semasa program bersama Foreign Correspondent Club Malaysia (FCCM) yang telah berlangsung di Hotel Istana tempoh hari.



Bagi kami di #KLChronicle, sudah beberapa kali kami menyuarakan pendapat kami bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar digugurkan dari menjadi Menteri Pendidikan kerana beliau terlalu sibuk sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Umum ketahui Tan Sri Muhyiddin Yassin kini telah berusia hampir 68 tahun dan memegang dua portfolio penting negara bagi kami adalah merupakan satu beban yang sangat besar bagi Tan Sri Muhyiddin. 

Jika dulu Tun Dr. Mahathir pernah memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin dan pernah mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin merupakan calon yang sesuai untuk menggantikan Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak jika beliau (Najib) meletakkan jawatan, namun kini Tun Dr. Mahathir dilihat sudah mula hilang sabar dengan prestasi Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga secara terbuka mengkritik beliau yang dilihat gagal dalam kementerian pendidikan. 

Malah, Tun Dr. Mahathir juga menyatakan kekecewaan beliau dengan Kementerian Pendidikan kerana membatalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Menurut beliau, matapelajaran Sains dan Matematik adalah sesuatu yang berubah setiap masa dan teori-teori tersebut datang dalam bahasa Inggeris. adalah sangat memakan masa untuk menterjemahkan ia ke dalam bahasa Melayu. Penterjemahan tesebut memerlukan individu yang menguasai bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan juga Matematik dan Sains.

Jika pembaca masih ingat, kami pernah menulis satu artikel dimana kami telah mencadangkan bahawa Kementerian Pendidikan ini dibahagi dua semula dimana diwujudkan Kementerian Pengajian Tinggi kembali. Ini kerana skop Kementerian Pendidikan adalah terlalu besar sehingga wujud kes dimana sekolah pedalaman di Keningau yang berada dalam keadaan sungguh daif seperti yang dilaporkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Poad Zarkashi baru-baru ini. 

Secara peribadi, kami berpendapat Tan Sri Muhyiddin Yassin kini perlu membuat keputusan sama ada beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan atau pun mula memberi komitmen dan perhatian yang lebih kepada kementerian dimana seperti yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir, keadaan pendidikan negara adalah amat teruk dan perlu diperbaiki. 

Jika Tan Sri Muhyiddin tidak dapat memberikan komitmen terhadap Kementerian Pendidikan,adalah wajar beliau melepaskan jawatan ini dan diberikan kepada seorang yang lebih komited, dinamik dan berdedikasi. Yang penting disini adalah masa depan pendidikan anak bangsa tidak wajar diperjudikan hanya kerana kepentingan politik seseorang individu. 

2 comments:

yul kkab said...

teruskan usaha laga...selagi ade pluang dan ruang..jgn brenti laga2kan...!

Fikir said...

"beliau terlalu sibuk sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia" sebab kangkung dan hippo asik sibuk KELUAR negeri gunakan jet mewah.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget