KL CHRONICLE: Tahniah Khidmat Tan Sri Syed Hamid Sebagai Pengerusi SPAD Dilanjut Dua Tahun

Wednesday, June 17, 2015

Tahniah Khidmat Tan Sri Syed Hamid Sebagai Pengerusi SPAD Dilanjut Dua Tahun



Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah dilanjutkan kontrak perkhidmatan beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkuatkuasa 4 Jun selama 2 tahun lagi. Untuk pengetahuan umum, Tan Sri Syed Hamid telah mula berkhidmat sebagai Pengerusi SPAD semenjak 3 Jun 2010, iaitu ketika awal penubuhannya. 



Bagi kami di #KLChronicle, lantikan Tan Sri Syed Hamid sebagai Pengerusi SPAD adalah satu langkah yang bijak dan akhirnya sebuah langkah yang membawa keputusan yang baik bagi rakyat. The decision to appoint Tan Sri Syed Hamid has been vindicated. Ini kerana setelah perlantikan Tan Sri Syed Hamid, pengangkutan awam darat negara telah melalui transformasi yang membanggakan, sejajar dengan negara-negara maju dunia. 

Ini dapat dibuktikan apabila sistem rel transit ringan (LRT) bagi jajaran Ampang dan Kelana Jaya dinaik taraf oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Ini berlaku susulan jumlah penumpang yang semakin meningkat dan keadaan Kuala Lumpur yang menjadi pusat ekonomi serta tempat tumpuan pelancong memerlukan pengankutan awam darat yang "reliable" bagi kesenangan rakyat.Apabila siap pada tahun 2017, sistem LRT akan menjadi antara sistem pengangkutan awam darat utama negara. 

Bukan sahaja LRT. Menyedari bahawa sistem LRT tidak akan berjaya tanpa "feeder" servis yang bagus, SPAD melalui Prasarana Negara Berhad telah mewujudkan serta menaik taraf bas Rapid dimana fungsi bas Rapid ini adalah untuk "feed" penumpang kepada stesen-stesen LRT. Ini sekaligus akan membantu rakyat dimana rakyat tidak perlu membawa kereta ke tempat parking berhampiran LRT tetapi hanya pergi dengan menaiki "feeder bus" sahaja. 

Namun, memandangkan ada diantara kawasan perumahan yang tidak dilalui oleh bas Rapid, Prasarana Negara Berhad dengan kerjasama SPAD telah membina kawasan parking bertingkat di stesen LRT utama seperti di Gombak, Ampang dan juga KL Sentral dimana kawasan letak kereta ini akan membantu mereka yang mahu menaiki LRT ke tempat kerja dan sebagainya. 

Malah, untuk memudahkan rakyat bergerak di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Bukit Bintang, SPAD dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid juga telah mewujudkan perkhidmatan bas #GoKL dimana bas ini disediakan secara percuma kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Sehingga kini terdapat hampir 20 buah bas #GoKL yang beroperasi untuk kesenangan rakyat. 

Secara konklusinya, kami melihat SPAD dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid telah melakukan banyak perubahan serta transformasi terhadap sistem pangangkutan awam darat negara. Malah, Tan Sri Syed Hamid juga dapat bekerjasama dengan erat dengan syarikat-syarikat pengangkutan awam dengan baik dan ini sekaligus mewujudkan satu ekosistem yang baik bagi mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat negara sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri. 

Finally, seperti yang kami katakan tadi, The decision to appoint Tan Sri Syed Hamid has been vindicated.

2 comments:

profit said...

Mamat ni lagi takde ke orang yang lebih muda,asyik2 barang recycle jer.....hancuss

Unknown said...

Dah rezeki dia. Lagipun dia mampu jalankan tugas dengan baik buat apa tukar?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget