KL CHRONICLE: Susulan Penangkapan Pakar IT, PetroSaudi Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Wednesday, June 24, 2015

Susulan Penangkapan Pakar IT, PetroSaudi Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia



Polis Thailand menahan seorang bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) daripada PetroSaudi International yang membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1Malaysia Development Bhd. Kami difahamkan Xavier Justo ditahan di sebuah pulau negara itu semalam dan dihantar ke Bangkok hari ini.



"Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International.

"Banyak komputer, pemacu cakera keras dan beberapa bahan bukti lain dirampas selepas waran tangkap dikeluarkan dan siasatan ke atas tertuduh sedang dijalankan.

“Sementara itu PetroSaudi International sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya atas pertuduhan lain," kata PetroSaudi dalam satu kenyataan hari ini.

Jurucakap PetroSaudi International berkata:"Kami lega kerana Justo kini akan dihadapkan ke mahkamah. Kami kesal menjadi mangsa jenayah yang dipolitikkan di Malaysia.”

"Kami gembira, akhirnya bukti sudah ada dan kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia akibat kesalahan yang dilakukaj salah seorang bekas pekerja kami sehingga menyebabkan masalah kepada negara itu," katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget