KL CHRONICLE: Respon pada statement Tun Mahathir di Majlis Dialog #Nothing2Hide

Wednesday, June 10, 2015

Respon pada statement Tun Mahathir di Majlis Dialog #Nothing2Hide



- Perkara yg disebut oleh Tun M agak umum dan boleh memesongkan. Bila pulak kita kena tanya singapura untk buat servis keretapi di negara kita? Kalau melibatkan woodland di Singapore memang perlu persetujuan Singapura.



-Agak dramatik untk samakan negara kita dijajah semata-mata Najib berkompromi dgn negara jiran dengan dasar 'menang-menang'.  Zaman Tun M dgn Lee Kuan Yu dan Bush untk bertegang urat sudah berlalu....Era 'cowboy diplomacy' sudah berlalu.

- Samada Tun M bersetuju atau tidak tentang polisi baru dan dasar baru tidak relevan. Tun M bukan PM. Jika Tun M tak setuju maka Najib perlu ikut dan taat? Apa mandat yg Tun M bawa?  Dalam parti UMNO, semua ahli boleh bagi pendapat. Tetapi akhirnya Presiden yg akan beri kata putus. Dan beliau perlu bertanggungjawab atas keputusan beliau.  Sebagaimana ahli parti akur pada keputusan yg dibuat oleh Tun M sewaktu jadi Presiden, beliau patut akur pada Presiden UMNO sekarang.

- Tun M becakap pasal hilang wang berbillion, Tun M dah lupa agaknya tentang kehilang 30 billion wang negara pada akhir 90an yg disebabkan kegagalan Bank Negara bermain 'forex' di pasaran matawang? Nilai sekarang 30 billion tu ialah ratusan billion, jauh lebih besar dari nilai liabiliti 1MDB (perlu diingat, 42 billion liabiliti itu diimbang oleh 51 billion aset; tapi Tun M hilangkan 30billion wang reserve negara).

Tun M lupa agaknya skandal MAS di mana Tajudin  Ramli (anak suruhan Tun Daim) di arah beli MAS dgn harga rm8 sesaham (waktu tu MAS ada tunai 600juta lebih)  kemudian beberapa tahun lepas itu tatkala MAS sudah hampir muflis, menjual kembali MAS.pada kerajaan pada harga rm8 sesaham (nilai pasaran hanya rm3). Bukankah itu sekandal berbillion yg mengorbankan duit kerajaan dan rakyat? Sebab Tun M dan Daim yg buat, ianya ok? Atau mgkin masa tu tiada media sosial rakyat tidak tau? 

Adakah Tun M maklum pada kabinet tentang skandal forex bank negara dan skandal MAS?  Juga kenapa Tun M tak maklum yg beliau minta Najib bagi dana hampir 2 billion untk bail out Proton yg kini ditangan 'budak' beliau Tan Sri Syed Mokhtar? Kenapa ok guna berbillion dana rakyat untk kawan2 beliau?

- Menggadai telaga minyak Terengganu adalah satu lagi cerita sensasi yg dimulakan oleh mantan MB Terengganu yg juga ketua bahagian Kmn.

Telaga minya bukan milik Terengganu tetapi milik kerajaan pusat yg diurus oleh Petronas. Terengganu hanya dpt 5% hasil wang ehsan minyak tersebut.

Bon (pinjaman) sebanyak rm5 billion perlu dibayar balik menggunakan sebahagian dari duit 5% ini setiap tahun. Maksudnya kalau duit itu 2 billion setahun, sebahagian darinya, mgkin 100-300 juta setahun digunakan untk membayar hutang tersebut setiap tahun. Dana dari hutang tersebut iaitu sebanyak rm5 billion digunakan untk pelaburan.

Oleh itu tidak tepat  dikatakan 'telaga minyak' Terengganu 'dicagar'.

- Kenapa sampai sekarang tiada dokumen yg dijunjung oleh Rafizi ke SPRM tentang 1MDB sebagaimana beliau menjunjung dokumen2 tentang skandal NFC (lembu)? Mana dia dokumen dari Sarawak Report?

- Bila pulak keadilan sejagat berasaskan seseorang atau entiti itu bersalah sehingga dia buktikan dia tidak bersalah? Bukankah sepatutnya Innocent Until Proven Guilty atau tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah?  Adakah adil jika saya lemparkan beberapa tuduhan yg serius terhadap si 'A' (tanpa sebarang bukti, hanya melalui fb dan WA) kemudiannya minta 'A' memberi penjelasan dan buktikan 'A' tidak bersalah....
Lepas itu saya lakukan perkara yg sama pada 'B', 'C', 'D'........

Kenapa 1MDB perlu buktikan ia tidak buat ini dan itu? Bukankah Tun M atau DAP perlu kemukakan bukti yg mensabitkan Jholo dan lain dgn 1 MDB? 

Bukankah lebih baik kita tunggu laporan dari Auditor General? Kalau benar ada penyelewengan, kita juga mau mereka yg bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Saya percaya Tun M tahu apa yg dia buat. Beliau bukannya bodoh. Tetapi medebatkan isu dengan tahap intellectual yg rendah dan fakta yg lemah adalah bukan Tun M samasekali. Dikelilingi pula dgn org yg frustrated dan punyai rekod mengugut parti dan keluar parti seperti Ketua Bahagian Kemaman adalah sesuatu yg cukup 'low standard' bagi Tun M.

Samada usia telah memamah keupayaan berfikir secara rasional (serta higher order of thinking) oleh negarawan yg cukup saya hormati ini, ataupun Tun M mempunyai muslihat lain dan sebab yg tersembunyi.  Apapun beliau perlu berhenti sejenak... semoga Allah memberi petunjuk pada beliau InsyaAllah.

Oleh
YB HAJI WAN ABDUL HAKIM B TAN SRI WAN MOKHTAR
KETUA PENERANGAN UMNO NEGERI TERENGGANU
9 JUN 2015

13 comments:

Abu Bakar said...

Beginilah Blogger KL Chronicle, memang di zaman Tun Dr. Mahathir ada berlaku kerugian, tetapi kita tahu kerugian itu disebabkan apa, malahan kita tahu duit itu tidak lesap begitu sahaja, tidak seperti 1MDB, ia rugi disebabkan wangnya lesap begitu sahaja, tak dapat dikesan, sampaikan dari tunai berubah ke aset, lepas tu berubah ke unit, itu yang menjadi pertikaian dan kemarahan oleh rakyat.

Kamu boleh mengorek kisah-kisah lampau Tun Dr. Mahathir untuk memburukkan beliau, tetapi rakyat yang hidup pada masa itu tahu apa yang sebenarnya berlaku, sebab itulah Tun Dr. Mahathir mendapat sokongan rakyat.

Kamu tidak mahu menceritakan kejayaan Tun Dr. Mahathir mengharungi 3 kali krisis ekonomi iaitu pada awal 1980an di mana beliau baru menjawat jawatan Perdana Menteri, kemudian pada akhir 1980an, dan terakhir pada tahun 1997-98 di mana Tun Dr. Mahathir bersama para menteri serta pegawai kerajaan, pihak swasta, rakyat bekerjasama memulihkan ekonomi negara, malahan ketekunan Tun Dr. Mahathir untuk memulihkan ekonomi negara dengan membuat pemantauan setiap jam pada tahun 1997-1998 keadaan ekonomi negara dan melakukan penambahbaikan serta pemulihan secara berkala dan berterusan hingga ekonomi negara pulih dengan cepat berbanding negara serantau tanpa perlu mendapatkan pinjaman dari IMF pun.

Malahan kejayaan pemulihan semula Tenaga Nasional Berhad yang kerugian sebelum itu kepada keuntungan yang berterusan kemudiannya juga di era Tun Dr. Mahathir juga, tidakkah kamu mahu menceritakan hal ini.

Malahan jutaan peluang kerja dan peluang niaga melalui projek kereta nasional di mana banyak peluang niaga kepada rakyat tempata sebagai pembekal bahan komponen, pengedar kenderaan, pusat servis dan sebagainya hinggakan mak cik jual nasi lemak pun dapat limpahan rezeki bila dapat buka gerai berhampiran kilang.

Itu baru Proton, kejayaan Tun Dr. Mahathir memajukan industri automotif negara seperti Modenas, pengeluaran motosikal tempatan, Perodua, perusahaan automobil kedua.

Bersambung.......................

Labu8455 said...

Setakat menulis saja budak tadika pun boleh tapi cuba tunjukan fakta yang Tun terlibat secara lansung terhadap semua pertuduhan yang dibuat. 1MDB semua rakyat pun tahu Najib terlibat secara lansung dan kenapa tak suruh Najib jawab semua pertanyaaan tentang 1MDB tapi balik balik mengungkit cerita yang dah basi?

Abu Bakar said...

Sambungan...............

Banyak memberikan limpahan ekonomi kepada rakyat, peluang niaga sebagai pembekal bahan komponen, peluang kerja sebagai pengedar dan penjual, peluang niaga termasuklah kepada makcik jual nasi lemak, goreng pisang, kuih kesan dari program ekonomi yang dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan di era Tun Dr. Mahathir, tidakkan kamu mahu kisahkan di sini wahai blogger KL Chronicle?

Malahan kejayaan Tun Dr. Mahathir menjadikan Malaysia sebagai negara industri yang memberikan peluang kerja dan peluang niaga kepada rakyat, pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya, pelabuhan, yang merancakkan pembangunan industri, menarik ramai pelabur asing untuk melabur di Malaysia, serta kejayaan Tun Dr. Mahathir mendapatkan teknologi dari luar untuk pembangunan Malaysia seperti projek Proton, Perodua serta Modenas adalah suatu yang sangat membanggakan.

Macam isu BMF itu, ia berlaku sejak sebelum Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri lagi pun, lihat kronologi kes berkenaanlah, sejak tahun 1980 dan mungkin sebelum itu lagi berdasarkan rekod kes, sedangkan Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri pada tahun 1981, bulan julai, 16 hari bulan.

Malahan kerugian MAS pun, walaupun terancam untuk bankrap, tetapi dipulihkan juga oleh kerajaan, untuk menjaga kepentingan pekerja MAS dan industri penerbangan negara. Ada kegiatan seperti di 1MDB yang berlaku di dalam kes kerugian MAS itukah?

Kamu jangan nak bersikap buruk dengan menghasut rakyat dengan cara yang sebegini, kerana rakyat yang hidup pada zaman itu tahu apa yang sebenarnya berlaku, dan rakyat dapat menerima semua itu, kerana bukannya penyelewengan, tetapi hal yang tidak disengajakan disebabkan masalah ekonomi.

Dalam isu PKFZ, perkara ini telah dibawa di mahkamah, tetapi apakah dalam isu 1MDB ini dibawa ke mahkamah? Tidak, kerana dalam isu 1 MDB ini, walaupun ada laporan polis dibuat, tetapi bukannya polis nak buat siasatan terhadap laporan polis itu, tetapi orang yang membuat laporan polis pula dituduh macam-macam, rumahnya digeledah dan dituduh membuat pengubahan wang haram pula, apa ini semua?

Beginilah Blogger KL Chronicle, kalau isu dari tunai jadi aset, lepas tu berubah ke unit, itu pun kau tak dapat nak jelaskan, kau tak payah nak membohong lagilah dengan membuat cerita untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir pula, kerana rakyat tahu apa yang berlaku terhadap apa yang kau tuduhkan itu, rakyat tahu hakikat sebenarnya, jadi tak payahlah nak menghasut tak tentu hal pula.

om jek said...

DULU....rugi pun rakyat tak rasa kesannya. takde inflasi, takde gst..dividen tinggi

sekarang ni..habis poket rakyat korang nak korek.

lagipun, dulu2 punya cerita dah berlalu. yang skrg ni akan membawa masalah kemudian hari.

jangan jadi blongang boleh tak? sekian

Abu Bakar said...

Pasal nak buat keretapi pun memang Najib minta kebenaran Singapura, itulah hakikatnya.

Malahan Najib nak buat keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura adalah supaya keadaan Tambak Johor itu akan berkekalan dalam keadaan itu buat selamanya, kerana nak buat landasan keretapi, mana boleh buat secara naik dan turun dengan laluan yang begitu curam. Sila kamu bayangkan sendiri landasan keretapi laju itu merentasi tambak johor, dan kamu nilailah sendiri.

Malahan dalam isu pembangunan tanah milik KTMB di Tanjong Pagar serta tanah keretapi Tanah Melayu di laluan keretapi dari Woodlands hingga ke Tanjong Pagar apa dah jadi? Kononnya pelaburan berbilion ringgit, tapi akhirnya kena kencing dengan Singapura sahajalah.

Abu Bakar said...

Ketua Penerangan bodoh, dalam isu telaga petroleum di Terengganu, memang ada percubaan untuk mencagarkan aset negara itu kepada pihak asing oleh Najib, tetapi kerana tentangan dari pihak Istana serta Menteri Besar ketika itu juga menentang, maka Najib gagal untuk mencagarkan aset negara itu kepada pihak asing.

Malahan dalam isu Bon, boleh Ketua Penerangan bebal terangkan mengapakah kos pengurusan bon mencapai sampai 10%? Tidakkan gila semua ini? Ini bermakna 1MDB hanya dapat 90% tetapi perlu buat penjelasan untuk 100% pula?

Ini sahaja pun ketua penerangan yang berlagak cerdik tapi pandir ini tak tahu nak jawab, ada hati nak menyalak lebih-lebih pula.

Sedarlah diri.

abg_nik said...

Kenapa semuanya tidak sabar utk tunggu laporan AG tentang 1MDB. Kenapa perlu betelagah dan ungkit mengungkit dan memalukan sesama kita. Kita perlu bertenang dan berincang secara baik. Jika ada kelemahan yg dikenalpasti, beri cafangan penambahbaikan yg boleh menguntungkan semua pehak. Fikirkan tentang nasib anak bangsa kita dan sama sama berfikiran positif utk menangani sebarang masalah tanpa telalu cepat menuding jari kpd individu yg belum tentu bersalah.

Abu Bakar said...

Kita rakyat bukannya tak puas hati dengan Najib disebabkan dia Najib, tetapi kerana perbuatan Najib ini merugikan negara, bila merugikan negara, maka merugikan rakyat juga, kerana wang negara adalah untuk kepentingan rakyat, bukannya kepentingan Najib dan kuncu-kuncunya.

Harapnya Ketua Penerangan UMNO Terengganu yang bebal ini sila belajar dahulu kerana ABC pun tak kenal lagi berlagak cerdik mengalahkan orang yang ada ijazah doktor falsafah pula, dalam konteks inilah.

Abu Bakar said...

Masalahnya Laporan AG pun tunggang langgang, malahan mengapakah tiada langsung tindakan untuk menggantung tugas para lembaga pengarah termasuk pengerusi lembaga pengarah 1MDB sepanjang tempoh siasatan ini?

Kerana semasa tempoh siasatan ini berlaku pun, banyak penyelewengan tambahan berlaku, misalnya, diumumkan oleh 1MDB kepada masyarakat bahawa Aabar Group dari Abu Dhabi melabur USD 1 bilion ke dalam 1MDB, tetapi dari USD 1 bilion itu, sebanyak USD 975 juta digunakan untuk bayar hutang, hanya baki USD 25 juta lagi yang tinggal, pelaburan jenis jadah apakah ini? Sila Blogger KL Chronicle, Ketua Penerangan UMNO Terengganu serta abg_nik jelaskan kepada saya, formula ekonomi jenis jadah apakah ini, buat pelaburan USD 1 bilion, tapi 97.5% pelaburan itu digunakan untuk bayar hutang, hanya tinggal 2.5% lagi untuk pelaburan, sila terangkan ini teori ekonomi pelaburan jenis jadah mangkuk apakah sebegini?

Sila beri penjelasan, kalau manusia yang tahu berfikirlah, kalau jenis bebal bodoh nak mampus, sampai ke sudah tak akan mampu beri penjelasan, malahan lebih teruk dari itu memberikan 'penjelasan' yang lebih teruk tarafnya dari taik dalam lubang jamban.

Saya menantikan penjelasannya, walaupun saya tak haraplah sangat kerana yakin penjelasan sebenar tak akan mampu diberikan oleh mereka ini.

Fikir said...

Kesian blogger ni, Najib dah gelar semua prepaid, postpaid dan fullypaid bloggers "BODOH".

Terkial kial nak bela bugis bacul, tapi akhirnya digelar BODOH.

Isu hari ini adalah 1MDB - bukan Bugis bacul lawan Tun Dr Mahathir. Tun hanya wakil rakyat prihatin.

Sebenarnya blogger yg asyik burukkan TDM adalah blogger gagal menjawab persoalan 1MDB.

Apa pasal nak tunggu AG dan PAC. Nothing2Hide tu peluang Najib raih sokongan rakyat.

Tapi teloq dah kecut panggil IGP tolong selamatkan airmuka bugis pondan sebab Bugis bacul ni tak tahu nak jawab - bukan kerana TDM hadir pun.

Bloggers BODOH dan BANGANG baik letak jawatan aje - sebab rezeki haram bersubahat dgn pencuri - akan bawa bala.

Abu Bakar said...

Blogger belaan Najib memang bodoh, sampaikan perkara yang salah pun mereka bela kata betul.

Biasalah blogger bodoh mana tahu berfikir, diberi upah oleh Najib, lepas tu kena maki hamun dengan Najib lagi pun mereka masih membela segala perlakuan buruk dan salah Najib itu.

Sebab itu hingga kini mereka sendiri tak boleh menghuraikan mengenai 1MDB kerana mereka bodoh, lepas tu mereka-reka cerita menipu untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir pula.

Saya tak hairan imej Najib makin hari makin teruk kerana blogger belaan Najib ni memang bodoh membuat perkara bodoh hingga menyerlahkan kebodohan mereka kepada masyarakat dunia yang melihat mereka ini sebagai golongan bodoh yang bersubahat dengan penjenayaah seperti Najib untuk mendapat habuan yang dihulur dengan kaki oleh Najib, biasalah puak bodoh, kalau Najib hulur guna punggung pun mereka akan sambut guna mulut, kesian betul mereka ini.

jgn jadi bodoh!!! said...

dulu rugi kita tahu!!skang rugi kita xtahu malah jika tidak dihebohkn..kabinet pn lngsung xtahu..tu admin org dah jawab..kasi balas la blk atau tgh pikir nk buka cerita lain plak..jawab la mcm pahlawan bugis bertelor

#ilovepm

jgn jadi bodoh!!! said...

dulu rugi kita tahu!!skang rugi kita xtahu malah jika tidak dihebohkn..kabinet pn lngsung xtahu..tu admin org dah jawab..kasi balas la blk atau tgh pikir nk buka cerita lain plak..jawab la mcm pahlawan bugis bertelor

#ilovepm

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget