KL CHRONICLE: Puteri UMNO Umum Sokongan Penuh Kepada PM @NajibRazak #KekalNajib

Tuesday, June 2, 2015

Puteri UMNO Umum Sokongan Penuh Kepada PM @NajibRazak #KekalNajib



Pergerakan Puteri UMNO mahu semua ahli parti dan anggota Kabinet memberi sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu penyelesaian kemelut syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, paling penting kini adalah bersatu dan memegang amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat demi kemakmuran dan kelangsungan keharmonian negara.

"Kita sedar cabaran getir yang dihadapi parti masa kini. Bagaimanapun usaha untuk memastikan penyatuan berpanjangan dalam UMNO sentiasa dilakukan demi bangsa Melayu khasnya dan keseluruhan rakyat negara ini umumnya.

"Puteri UMNO melihat ia satu teguran lembut apabila Najib meminta mana-mana anggota Kabinet untuk meletak jawatan seandainya tidak memberikan kepercayaan untuk bersamanya memulihkan 1MDB baru-baru ini.

Ia dilihat platform untuk memastikan semua ahli parti segera kembali ke landasan sekali gus membawa UMNO ke destinasi kejayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget