KL CHRONICLE: Pengurusan kewangan, aktiviti dan tadbir urus korporat PIHH Development Sdn Bhd (PIHH) di tahap kurang memuaskan.

Monday, June 15, 2015

Pengurusan kewangan, aktiviti dan tadbir urus korporat PIHH Development Sdn Bhd (PIHH) di tahap kurang memuaskan.

Syarikat PIHH merupakan anak syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir Lim Guan Eng
Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP perlu memantau aktiviti syarikat miliknya bagi memastikan syarikat mewujudkan tadbir urus korporat yang baik, mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 2.

Laporan yang dikeluarkan hari ini mendapati pengurusan kewangan, aktiviti dan tadbir urus korporat PIHH Development Sdn Bhd (PIHH) iaitu anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) adalah di tahap kurang memuaskan.



Antara kelemahan yang dikesan ialah pembinaan kilang di Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) tidak dilaksana dalam tempoh yang ditetapkan; dan penganjuran Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) mencatat defisit pada 2015.

 "Pendapatan operasi syarikat adalah daripada penganjuran PIHEC dan pendapatan ini tidak dapat menampung perbelanjaan menyebabkan syarikat perlu bergantung kepada geran yang diterima daripada kerajaan negeri dan PDC," kata laporan itu.

PIHH, yang beroperasi pada 11 Ogos 2008 dengan modal dibenarkan dan modal berbayar sejumlah RM1 juta ditubuhkan untuk mempromosi dan membangunkan industri halal di Pulau Pinang.

Laporan itu berkata selain itu, Projek Gelatin Halal melalui penubuhan PH Gelatine Pharmz Sdn Bhd (PHGP) sejak tahun 2011 juga belum dapat dilaksanakan.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget