KL CHRONICLE: Pembangkang Tipu Kata FGV Terkeluar Dari Bursa Malaysia Pulak Dah

Thursday, June 11, 2015

Pembangkang Tipu Kata FGV Terkeluar Dari Bursa Malaysia Pulak Dah



Inilah masalah dengan puak-puak pembangkang yang ada di Malaysia ini. Tanpa melakukan sedikit kaji selidik atau pun "research", mereka terus menabur fitnah mengatakan bahawa Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disingkirkan dari Bursa Malaysia. Logiklah sikit, FGV baru sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia pada Jun 2012, dan takkanlah dalam tempoh 3 tahun (Jun 2015) FGV disingkirkan dari Bursa Malaysia pula. Otak letak kat mana? 



Untuk pengetahuan semua, cara Bursa Malaysia beroperasi adalah mereka (Bursa) mempunyai pelbagai pasaran iaitu pasaran Papan Utama, Papan Kedua, Pembinaan, Barangan Industri dan sebagainya. Senang cerita, Bursa Malaysia mempunyai pelbagai jenis kategori. Sudah pasti, kategori yang paling bagus adalah Pasaran Papan Utama atau pun dalam Bahasa Inggeris adalah "Main Board". Jadi untuk tersenarai dalam kategori Pasaran Papan Utama ini, sudah tentulah ada peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia yang perlu dipatuhi. 

Kembali kepada FGV, sejak Jun 2012, akibat saiz FGV yang besar serta antara yang mempunyai nilai pasaran modal yang tertinggi, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dan juga sebahagian dari Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI. Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI ini pula disemak setiap 6 bulan sekali oleh pakar-pakar ekonomi. Ini kerana, bila syarikat tersenarai dalam bursa Malaysia, harga saham akan naik turun jadi sudah pasti senarai 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi juga akan berubah. Tidak akan ada syarikat yang akan sentiasa kekal dalam senarai 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi. Ini terbukti apabila AirAsia dan MMHE dikeluarkan dari indeks FTSE pada suatu masa dahulu. Malah FGV telah menggantikan MMHE dalam senarai Indeks FTSE Bursa Malaysia. 

Jadi memandangkan saham FGV telah jatuh akibat kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM), FGV kini tidak lagi antara 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi dalam Bursa Malaysia jadi mereka (FGV) terkeluar dari Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI . Itu sahaja. Bukannya FGV ditendang keluar dari Bursa Malaysia dan kononnya peneroka FELDA semua kehilangan duit mereka seperti yang difitnah oleh pembangkang. Ini semua cuma fitnah untuk meraih "cheap publicity". Kami harap dengan penjelasan mudah ini, peneroka dan generasi kedua FELDA dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan mereka supaya fitnah pembangkang ini tidak menjadi barah kepada warga FELDA.  



















Berita Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disingkirkan dari Bursa Malaysia hanyalah spekulasi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan menakut-nakutkan peneroka FELDA. Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, FGV tidak pernah menerima apa-apa surat berkaitan penyingkiran syarikat perladangan itu dari Bursa Malaysia.

Beliau yang dipetik oleh Utusan Malaysia, baca di sini, berkata, semua pihak boleh merujuk kepada beberapa siri penjelasan mengenai perkara itu yang dibuat sebelum ini bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai apa yang sedang berlaku kepada kejatuhan harga saham FGV.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2012 dan tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Saham Malaysia Securities. Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.

Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses penukaran syarikat yang telah tersenarai dengan syarikat dalam senarai menunggu. Proses penukaran syarikat dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.

Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015. Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu.

Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 50 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.

Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan. Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.

Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.

Perlu diingat, kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.

Dakwaan bahawa FGV terkeluar daripada Bursa Malaysia adalah tidak tepat. Jika FGV tidak lagi tersenarai dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI ini bukan bermakna FGV akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia. FGV masih tetap berada dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dan sahamnya akan diniagakan setiap hari sama seperti ketika masih berada dalam senarai indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI. Perniagaan FGV juga akan beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan situasi berkenaan.

1 comment:

Fikir said...

Itu dah memang kerja pembangkang. Depa tak curi pun duit rakyat.

Habis Bugis bacul pun tipu. Arul pun tipu. Husni pun tipu. Apa sebab hahhh??

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget