KL CHRONICLE: #Nothing2Hide , Ahli Parlimen Kota Tinggi agak terkilan tindakan Tun Mahathir #KekalNajib

Monday, June 8, 2015

#Nothing2Hide , Ahli Parlimen Kota Tinggi agak terkilan tindakan Tun Mahathir #KekalNajib


Pada hari Jumaat yang lepas, satu dialog Perdana Menteri bersama NGO telah diadakan oleh SukaGuam, sebuah NGO yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Kluang iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat di PWTC. Objektif utama dialog ini diadakan adalah untuk memenuhi permintaan banyak NGO untuk bertemu, berdialog, bertanya soalan dan bertukar pandangan dengan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Haji Najib Tun Razak berhubung pelbagai isu semasa. 



Namun, sebelum program ini dapat dijayakan, terdapat satu kumpulan kecil yang telah cuba untuk mensabotaj program NGO bersama Perdana Menteri ini daripada terus diadakan. Kumpulan terdesak ini dilihat seperti mati akal kerana buat pertama kalinya Perdana Menteri secara terbuka bersetuju berjumpa NGO secara "townhall". Mereka percaya bahawa jika Perdana Menteri hadir dan berdialog bersama NGO, usaha mereka selama ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri akan gagal. 

Menyedari hal demikian, mereka telah melibatkan mantan Tun Mahathir dalam perkara ini. Kami di #KLChronicle tidak menyalahkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah "hijack" program yang dianjurkan oleh SukaGuam ini. Kami percaya Tun Mahathir telah diberi nasihat yang salah oleh kumpulan kecil ini dan akibatnya Tun Mahathir sendiri menjadi mangsa keadaan pada ketika itu. Sudah pasti, untuk menjaga air muka beliau Tun Mahathir terpaksa dilihat berada "in control" dan dilihat "berani" sekaligus beliau telah mendesak penganjur untuk memberikan peluang kepada beliau untuk bercakap selama satu jam. Ini selepas beliau didesak oleh penyokong beliau sendiri. 


Memetik kata-kata Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid :

Datuk Ehsanuddin : “Ni majlis PM, tiba-tiba jadi majlis Tun, bagi saya kurang manis, kalau majlis kahwin ramai-ramai datang jadi Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid majlis perdebatan, ni ke nak tunjuk dekat anak-anak?

“Kalau nak betulkan, buat dengan cara betul, ini tidak, dan pada saya ini sangat malang, sebab kedua-dua pemimpin itu saya sanjung,”

“Kalau niat dia baik nak betulkan, tapi cara nak melaksanakan tu salah, ia akan jadi salah jugak,”

Menurutnya, pentas tersebut disediakan untuk Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi menjawab segala persoalan yang dikemukakan aktivis dan NGO.

Datuk Ehsan meluahkan perasaannya yang agak terkilan kerana tindakan Dr Mahathir itu hanya sekadar ingin melepaskan perasaannya di khalayak ramai dan bukan untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui perbincangan.

Kami rasa, Tun Mahathir sedar bahawa program ini adalah bersama Perdana Menteri dan bukan "mantan" Perdana Menteri. Malah, Tun Mahathir juga sedar dan mengaku beliau tidak dijemput oleh penganjur namun kerana penyokong beliau telah mendesak beliau, beliau terpaksa memberikan ucapan. Sebenarnya, kami agak kecewa dengan sikap penyokong Tun Mahathir yang cuba untuk menjadi batu api dan merosakkan hubungan Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir Mohamad. 

9 comments:

ramlan aziz said...

Saper yg jd batu api nih....nmpak mcm admin je....huhh...

irkiz rith said...

Kalau tuan marah kepada Tun Mahathir maksudnya tuan juga marah kepada rakyat, sebab Tun Mahathir bercakap bagi wakil rakyat, bukan untuk peribadinya.

Rahim Satria said...

He he he....kan dah kena.
Baik baik bermain tulisan.Sebab ramai yang tahu.Jangan jadi coverup person untuk melindungi kerana akhirnya anda juga yang payah nanti.

usin said...

Kalau dtg majlis org, pandai2lah bawak diri. Jgn mintak lebih2 nk berucap sampai 1 jam. Walaupun niat betul, mana boleh menyerang tuan rumah di rumahnya. Majlis tu mahlis dialog bersama pm, bukan mantan pm. Aku tak sangsi dgn isu yg tun bawa, tapi nampak macam.kurang.adab pulak. Cakap tun betul, tapi kelakunya salah. Tun bukan budak2 yg tak reti bawak diri dalam majlis orang.... Eh, tun bukan wakil rakyat, kenapa masih rasa macam ingin mewakili rakyat? Ooo...sebab masih ada terlalu ramai pengikut dan pentaksub.....faham. Syabas tun. Lain kali buat majlis sendiri, dan jemput najib jadi panel. Tengok dia mampu dtg dan jawab tak..hehe

usin said...

Kalau dtg majlis org, pandai2lah bawak diri. Jgn mintak lebih2 nk berucap sampai 1 jam. Walaupun niat betul, mana boleh menyerang tuan rumah di rumahnya. Majlis tu mahlis dialog bersama pm, bukan mantan pm. Aku tak sangsi dgn isu yg tun bawa, tapi nampak macam.kurang.adab pulak. Cakap tun betul, tapi kelakunya salah. Tun bukan budak2 yg tak reti bawak diri dalam majlis orang.... Eh, tun bukan wakil rakyat, kenapa masih rasa macam ingin mewakili rakyat? Ooo...sebab masih ada terlalu ramai pengikut dan pentaksub.....faham. Syabas tun. Lain kali buat majlis sendiri, dan jemput najib jadi panel. Tengok dia mampu dtg dan jawab tak..hehe

Fikir said...

usin ni otak udang ke dibayar dlm bentok UNITS

Tuan rumah pondan, main sembunyi takut kena boo

guna IGP batal acara

tak jumpa pun pisau parang pistol

Acara utk rakyat jadi Tun datang sebagai rakyat

Tolong tengok video jangan dengar fitnah jemuan

Tun dijemput berucap sebab ramai dah datang bugis bacul kecut tel*q

jadi Tun Dr M ikhlas memberi penjelasan utk yg datang beramai ramai

dah jauh sampai tuan rumah pulak tak beradab menyambut tetamu

ish ish ish bangga dgn darah bugis konon, tetapi takut debat dgn Tun Dr M

----------

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah yang paling awal menyatakan pendiriannya berhubung tindakan mengecewakan Najib itu. Menulis di facebook Johor Southern Tigers, baginda meluahkan kata-kata, "Bagaimana boleh diadakan suatu forum bertajuk Nothing2Hide dengan mengetengahkan seseorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul.

"Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda."

ezek ahmad said...
This comment has been removed by the author.
ezek ahmad said...

Setuju !! Semakin ramai rakyat yg membenci Najib.. Duit berbillion rnggt dah lesap ke tangan JhoLow dn sahabat karib JhoLow melalui 1MDB...fikir2kanlah...

Fikir said...
This comment has been removed by the author.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget