KL CHRONICLE: Nik Abduh Cabar @dapmalaysia suruh jadi "jantan"

Friday, June 12, 2015

Nik Abduh Cabar @dapmalaysia suruh jadi "jantan"

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz cabar DAP isytihar 'cerai' secara rasmi terhadap parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.


PAS sekali lagi mencabar parti sekutunya DAP untuk mengisytiharkan secara terbuka memutuskan kerjasama antara mereka secara rasmi, sama seperti apa yang dilakukan parti Islam itu.

Ketua Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa DAP tidak berani membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama apabila dilihat sering kali menekan parti Islam itu.



"Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik dok tekan PAS supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap PAS.

"'Come on' lah DAP, jadilah jantan juga. Pilih, 'be gentleman, cool' macam PAS atau berterus terang je.. tolak PAS," katanya seperti yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Malah Nik Abduh juga dilihat menyindir keras DAP dengan mengumpamakan krisis yang berlaku antara mereka seperti keadaan pasangan suami isteri yang ingin bercerai.

"Jangan buat perangai tak manis, kahwin bawa lari anak dara orang.. tak pasal-pasal si anak dara @PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) tu kena kutuk.

"Saya jadi perasaan DAP ni perempuan, PAS jantan la pulak. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh tu," sindir anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Krisis antara PAS dan DAP semakin meruncing apabila parti Islam tersebut bertindak meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan parti sekutu mereka pada muktamar minggu lepas.

Meskipun memutuskan kerjasama dengan DAP, namun PAS tetap mengekalkan hubungan kerjasama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Tindakan itu membawa kepada beberapa peletakan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang oleh beberapa pemimpin PAS daripada golongan profesional yang kalah semasa pemilihan itu.

Bagaimanapun, bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, usul tersebut meskipun diluluskan tanpa bahas di muktamar, keputusannya masih belum dimuktamadkan.

Rabu lalu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua memberi kata dua kepada PKR untuk memilih antara bekerjasama sama ada dengan PAS atau DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri. – 12 Jun, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget