KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : @dapmalaysia cuba cipta Pakatan Rakyat 2.0 bersama PASMA

Thursday, June 25, 2015

@LiowTiongLai : @dapmalaysia cuba cipta Pakatan Rakyat 2.0 bersama PASMA

Mahu rakyat berhati-hati dengan agenda DAP
Menyedari bahawa sokongan orang Melayu Islam terhadap Pakatan Rakyat kini semakin berkurang ekoran sikap tidak bertanggungjawab DAP yang semakin lantang membidas bekas rakan mereka iaitu PAS dalam isu-isu berkaitan agama Islam, Gabungan DAP - PKR kini cuba untuk menjadi pelopor kepada terbentuknya sebuah lagi parti Islam baru menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 iaitu PASMA. 

DAP Seputeh MP Teresa Kok seen together with PAS progressive leaders yesterday. – Teresa Kok Facebook pic, June 24, 2015.
Kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini bersama Teresa Kok
Namun, secara tidak sedar, sikap angkuh dan bongkak DAP dalam memutuskan hubungan dengan PAS ini sebenarnya telah menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor berada pada tahap yang kritikal. Ini kerana di Selangor, PAS mempunyai 15 orang ADUN lantas menjadikan PAS sebagai parti yang mempunyai paling ramai ADUN di Selangor. Jumlah ini lebih dari PKR yang hanya mempunyai 13 ADUN. 

Memandangkan Kerajaan Selangor kini berada pada tahap yang goyah dan sokongan kepada Menteri Besar Azmin Ali diragui, Dalam hal ini Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesa kerajaan Selangor memulangkan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan dengan membubarkan DUN dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baru. 

Menurut Liow;

 Pakatan sudah tidak layak mengurus negeri Selangor atas sebab mereka sering gagal mencapai kata sepakat dalam apa sahaja hal sesama mereka..

"Mereka gagal wujudkan polisi yang dipersetujui bersama untuk memerintah negara kerana negara ini ada pelbagai jenis kaum maka satu konsensi yang dipersetujui bersama diperlukan" katanya lagi...

Biarpun kita lihat hubungan PAS dan DAP semacam gantung tidak bertali namun ianya tidak akan memisahkan hubungan kedua-dua parti itu....

Tiong Lai berkata DAP sedang cuba mencipta satu lagi Pakatan baru bersama PasMa atas nama PAS yang amal kesederhanaan.

Berkaitan perkara ini, Tiong Lai menasihatkan orang ramai agar jangan sesekali diperdayakan oleh DAP, tiada kesederhanaan dalam PAS, objektif mereka tegap sama iaitu mahu mewujudkan negara Islam di Malaysia..

Tiong Lai berpendapat DAP akan sentiasa menyembunyikan hasrat mereka yang sebenar asalkan mereka dapat kuasa. DAP akan tetap bersama PAS asalkan kehendak politik mereka tercapai..

Secara peribadinya, kami di #KLChronicle berpendapat penubuhan sebuah lagi parti berlandaskan Melayu Islam yang baru iaitu PASMA sebenarnya merugikan orang Melayu Islam. Ini kerana selepas ini undi orang Melayu, yang majoritinya ada 60% kini berpecah kepada 4 parti iaitu (UMNO, PKR,PAS dan PASMA) ini sekaligus menjadikan kita sebagai minority dalam pilihanr raya umum. Sungguh licik permainan DAP ini sehingga kita orang Melayu Islam sendiri terikut-ikut dan akhirnya merugikan kita sebagai tonggak kuasa pentadbiran negara. 

Oleh itu, masyarakat Melayu Islam haruslah berpegang kepada satu parti, iaitu parti keramat UMNO Barisan Nasional yang telah terbukti sejak penubuhannya berjaya menjaga dan melindungi kepentingan orang Melayu di negara ini dalam mengamalkan konsep "Wasatiyah" iaitu kesederhaan dalam kepimpinan dan pentadbiran kerajaan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget