Wednesday, June 24, 2015

Ketua Pemuda UMNO WP @RazlanRafii Beri Sumbangan kepada lebih 500 orang anak yatim

Razlan Rafii (Kanan sekali) bersama Menteri Wilayah Dato Seri Tengku Adnan dan Pemilik Jakel (Baju pink)

Tahniah diucapkan kepada jentera Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Saudara Razlan Rafii yang hari ini telah menjayakan Program Jom Shopping Raya 2015. 


Ahli keluarga membeli belah di Jakel hasil sumbangan Razlan Rafii dan Pemuda UMNO Wilayah
Program yang mulia ini melibatkan hampir 500 orang dimana mereka ini terdiri daripada bahagian UMNO seluruh Wilayah Persekutuan, anak-anak Yatim dan golongan orang kurang upaya (OKU). Program ini turut mendapat kerjasama konglomerat tekstil Melayu terbesar negara iaitu Jakel trading Sdn Bhd (JAKEL).
Lagi gambar keluarga yang diberi bantuan membeli belah
Bagi kami di #KLChronicle, program mulia sebegini yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Saudara Razlan Rafii wajar dicontohi oleh Pemuda UMNO negeri-negeri lain. Bukan selalu kita diberi peluang dibulan Ramadan yang mulia sebegini untuk membantu golongan yang memerlukan.




Secara konklusinya, kami berharap program sebegini dapat diteruskan oleh bakal- bakal pemimpin pemuda pada masa yang akan datang. Program sebeginilah yang membezakan kita dengan pihak pembangkang. Dikala pihak pembangkang sibuk berdemo, memfitnah dan memburukkan negara, UMNO sebagai parti tonggak orang Melayu terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat.

Adalah dimaklumkan Program seperti berikut:

Program: Jom Shopping Raya 2015. Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Perasmi : YB Ku Nan.

Penerima Sumbangan : Anak2 Yatim dan Golongan yg Memerlukan.

Tarikh: 24 Jun 2015

Masa: 5.00 petang

Lokasi: Jakel Mall KL.

Intipati program: 
1. Shopping Raya bersama Penerima sumbangan.

2. Kenyataan Media Menteri WP YB Ku Nan dan KPNWP Sdr Razlan.

2. Berbuka Puasa bersama Penerima sumbangan.

3. Solat berjemaah (Maghrib) di lokasi yg disediakan bersama Tetamu dan Penerima Sumbangan.

No comments:

Post a Comment