KL CHRONICLE: Get Well Soon Datuk @Weekasiongmp

Friday, June 26, 2015

Get Well Soon Datuk @Weekasiongmp


Kami di #KLChronicle baru sahaja mendapat berita bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong telah menjalankan satu pembedahan dengan jayanya dan kini dalam peringkat pemulihan. Walaupun tidak banyak maklumat yang kami terima setakat ini, namun kami berharap dan berdoa supaya Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong cepat sembuh supaya dapat meneruskan tugas beliau di JPM. 



Umum ketahui bahawa Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong merupakan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Orang Cina. dan tanpa Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong banyak program kini terpaksa ditangguh. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan dan input Yang Berhormat Menteri (YBM) di JPM. 

Berikut adalah mesej penuh dari pejabat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong:


Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong telah menjalankan satu pembedahan dengan jayanya dan kini dalam peringkat pemulihan.

Keadaan beliau adalah stabil dan memerlukan rehat tanpa sebarang gangguan sepanjang tempoh pemulihan seperti yang dinasihatkan oleh doktor

Ahli keluarga beliau dengan rendah dirinya menyeru supaya beliau diberi ruang dan privasi buat masa kini dan beliau akan kembali bertugas dalam masa terdekat.

Sekian, Terima kasih

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget