KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Perkenalkan 20 Bus Baru #GoKLNow

Sunday, June 14, 2015

#DemiRakyat SPAD Perkenalkan 20 Bus Baru #GoKLNow

CEO SPAD melihat bas #GoKL yang baru

Menyedari bahawa perkhidmatan bas #GoKL mempunyai permintaan yang tinggi dan telah banyak membantu warga kota di sekitar KLCC dan segitiga emas Bukit Bintang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah proaktif dalam menaiktaraf perkhidmatan bas GoKL dengan memperkenalkan 20 bas baru yang dilengkapi ciri-ciri moden bagi keselesaan pengguna. Antara kelengkapan canggih yang terdapat dalam bas #GoKL adalah:

  1. Internet WiFi
  2. Tempat Kerusi Roda
  3. Ramp & lantai rendah bagi kemudahan warga emas
  4. Closed Circuit TV (CCTV)
  5. Sistem Audio perhentian
  6. Sistem Navigasi GPS
Secara mudahnya, bas #GoKL ini telah dinaik taraf sejajar dengan aspirasi kerajaan Barisan Nasional dan SPAD yang mahu pengangkutan awam darat negara mencapai taraf negara maju menjelang Tahun 2020 sejajar dengan Wawasan 2020. Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan satu "target" yang boleh dicapai jika semua pihak memberikan kerjasama yang baik, terutamanya antara SPAD dan operator pengangkutan awam darat yang lain. 

Bas baru #GoKL

Berbalik kepada bas #GoKL ini, kemudahan baru yang diperkenalkan oleh SPAD ini adalah hasil daripada "feedback" pengguna yang mahukan beberapa penambahbaikkan dilakukan. Kami di #KLChronicle gembira kerana SPAD telah mengambil serius feedback serta pandangan pengguna dan bertindak proaktif dalam mengimplimentasikan cadangan-cadangan yang diberi. 

Malah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal : 

"Setakat ini, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melabur RM 28.4 juta bagi pengoperasian perkhidmatan bas Go KL. Perkhidmatan bas Go KL ini ditawarkan secara percuma sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat, Dianggafkan 27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian Go KL dan dengan 20 nas baharu ini, SPAD mengharapkan jumlah penumpang akan terus meningkat"

Secara konklusinya, kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPAD kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan perkhidmatan awam darat yang terbaik bagi kesejahteraan rakyat. Diharap selepas ini SPAD boleh memberi fokus kepada pembinaan High Speed Rail (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura sekaligus memendekkan masa perjalanan antara kedua buah negara.  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget