KL CHRONICLE: @dapmalaysia beri kata dua kepada @AzminAli , Pilih kami atau PAS

Tuesday, June 9, 2015

@dapmalaysia beri kata dua kepada @AzminAli , Pilih kami atau PAS


Susulan tindakan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan parti sekutu mereka, iaitu chauvinist DAP, DAP Selangor kini  mahu Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memilih antara 2 parti itu untuk  meneruskan kerjasama dalam mentadbir negeri Selangor yang kini dikenali sebagai "syurga" rumah urut dan sarang pelacuran. 

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua setuju dengan kenyataan Datuk Mahfuz Omar yang menyarankan Azmin memilih untuk bekerjasama sama ada dengan DAP atau PAS, dalam mentadbir negeri yang terkaya itu.

"Saya setuju. PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan.



"DAP akan bercakap dengan Azmin untuk melihat kedudukannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, amat mustahil untuk DAP, PAS dan PKR mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kedudukan dalam kerajaan negeri itu.

"Bagaimana anda mahu kita berdamai? Melainkan PAS mengadakan muktamar lain dan menarik balik resolusi memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP itu," katanya.

Beliau juga mengakui konflik dalaman Pakatan Rakyat (PR) itu tidak seharusnya berterusan, kerana ia akan menjejaskan peluang kemenangan gabungan parti pembangkang itu dalam pilihan raya akan datang dimana DAP sebagai parti yang paling kuat kini berpeluang merampas kerajaan pusat daripada UMNO - Barisan Nasional. 

Muktamar yang berlangsung minggu lepas menyaksikan golongan alim ulama memenangi hampir semua jawatan dalam kepimpinan tertinggi parti, dan pada masa sama ia menerima usul tanpa bahas Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP yang dilihat semakin biadap dan besar kepala dalam Pakatan Rakyat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget