KL CHRONICLE: Buat Malu Saja AJK PAS Pusat Mazlan Aliman Didapati Bersalah Fitnah FELDA, Kena Bayar Ganti Rugi RM 500,000

Tuesday, June 2, 2015

Buat Malu Saja AJK PAS Pusat Mazlan Aliman Didapati Bersalah Fitnah FELDA, Kena Bayar Ganti Rugi RM 500,000



Pada 30 Mei 2015 yang lalu, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mazlan Aliman telah didapati bersalah memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melalui sebuah buku yang ditulis beliau iaitu Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long. Bagi kami di #KLChronicle, kami tidak faham bagaimana seorang pemimpin parti Islam seperti Mazlan Aliman boleh bertindak memfitnah FELDA yang selama ini telah banyak membantu rakyat Malaysia secara amnya dan orang melayu secara khususnya. 



Lebih mengejutkan lagi, Mazlan Aliman terbukti tidak bertanggungjawab apabila beliau gagal hadir ke mahkamah apabila Keputusan dibuat oleh Hakim Geok Yiam malah peguam Mazlan Aliman iaitu Ahli Parlimen Sepang dan seorang pemimpim PAS iaitu Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili beliau juga tidak hadir. Adakah ini sikap pemimpin PAS yang secara terang-terangan telah menghina mahkamah tanpa ada sedikit pun rasa hormat terhadap undang-undang negara?

Apa yang kami kesal adalah mengapa PAS, sebuah parti Islam mempunyai pemimpin seperti Mazlan Aliman yang sungguh tidak bertanggungjawab. Hanya disebabkan politik beliau sanggup memburukkan FELDA yang banyak membantu orang Melayu dimana kita biasa mendengar kisah-kisah peneroka FELDA menjadi jutawan dan berjaya memiliki rumah yang selesa untuk keluarga. 

Malah, FELDA juga telah banyak membantu generasi kedua dalam bidang pendidikan, pekerjaan, kos sara hidup dan sebagainya. FELDA tidak pernah mengabaikan generasi pertama dan kedua FELDA dan sebaik mungkin cuba menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka namun apa yang dilakukan oleh Mazlan Aliman hanya akan memburukkan imej FELDA sekaligus menyebabkan FELDA susah mencari peluang perniagaan baru sama ada di dalam atau luar negara. Ini akan mengakibatkan keuntungan FELDA berkurangan dan akhirnya yang akan rugi adalah penerola sendiri. 

Kami di #KLChronicle ingin bertanya kepada Mazlan Aliman, Hanipa Maidin, dan penyokong PAS sendiri, apakah yang anda telah lakukan untuk membantu peneroka FELDA? Kalau tidak ada elok anda diam sahaja dan biar FELDA melakukan kerja mereka tanpa gangguan. Anda hanyalah akan menjadi perosak kepada anak bangsa, bukan sahaja didalam FELDA malah seluruh negara. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget