KL CHRONICLE: #1MDB Nafi Kenyataan Biadap Cina Chauvinist @LimKitSiang

Sunday, June 28, 2015

#1MDB Nafi Kenyataan Biadap Cina Chauvinist @LimKitSiang

1MDB nafi kenyataan biadap Cina tua kutuk Lim Kit Siang dan Tony Pua.  #1MDB akan hadir sesi pendengaran PAC serta beri kerjasama penuh

1MDB menyedari kenyataan spekulatif dalam media hari ini, yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang dan YB Tony Pua , mempersoalkan jika Datuk Shahrol Halmi dan Arul Kanda akan menghadiri sesi pendengaran PAC yang akan datang pada bulan Ogos.

1MDB mengulangi komitmen kami , seperti yang diumumkan pada 25 Mei 2015, untuk menghadiri sesi pendengaran PAC .

Adalah jelas bahawa spekulasi yang dibuat oleh kedua-dua individu ini hari ini adalah untuk mengalih perhatian daripada soal kritikan bertalu-talu terhadap YB Tony Pua, ahli PAC, kerana banyak kenyataan beliau yang boleh dilihat sebagai telah menghukum 1MDB walaupun proses siasatan PAC masih belum selesai .

1MDB mempunyai keyakinan yang tinggi ke atas proses siasatan PAC dan percaya bahawa ahli-ahli yang dimulikan akan melaksanakan tugas mereka secara adil dan profesional.

Kami dengan ini mengesahkan sekali lagi kehadiran dan komitmen kami untuk bekerjasama sepenuhnya dengan PAC.

1MDB to attend PAC hearing, will fully cooperate | 1MDB - http://1mdb.com.my/press-release/1mdb-to-attend-pac-hearing-will-fully-cooperate

2 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

dengan tertangkapnya Xavier Andre Justo si pemeras ugut PetroSaudi di Thailand, maka selesailah al kisah 1MDB.
Segala tohmahan hanya fitnah belaka . . . Muhyiddin Yassin, Nazir Razak dan Putra Mahkota semuanya tertipu oleh agenda musuh negara.
Rupanya ini semua fitnah !
Tun sudah menipu. Sudah jadi musuh bangsa dan negara. Legasi hilang hancur berkecai. Wajah di PWTC kini dibayangi gerhana.
Ah Jib Gor memang betul. Mana ada masalah? Ini semua fitnah !
Hutang empat puluh dua billion ringgit akan terlunas. Deutsche Bank, Goldman Sachs, Mubadala, Murabaha, Mudahraba semua tiada isu, tiada masalah.
Bond, collateral, liquidity, gearing, discount rate, interest rate, rate of return, sovereign debt, fees, charges, commissions, NPV, IRR, DCF, IPO, cash, shares, units . . . semuanya kosa kata tanpa makna di alam nyata. Ingat, itu semua bunga bunga fitnah semata.
Aabar Deposit, Brazen Sky, GIL fund dan segala "pelaburan" di Cayman Island berhasil lumayan melimpah ruah.
Investasi dalam PetroSaudi menjadi Lubuk Emas. Berbillion tong rizab minyak menunggu sahaja di Turkmenistan dan Argentina.
Pembelian IPP usang dihujung konsesi terbukti cemerlang. Syabas !
Nilai TRX meletop, harga lot kosong akan mencecah sepuluh ribu ringgit sekaki persegi . . . Azeez Rahim genius hartanah negara.
Bandar Malaysia bangkit bagai cendawan; tanah Pulau Pinang sudah nyah setinggan dan terbina beribu unit rumah rakyat.
Konglomerat tenaga gergasi Edra Global Energy tersenarai dalam bursa saham . . .
. . . rugi menjadi untung, fakta menjadi fitnah, penyamun menjadi perwira, penyangak menjadi pembéla, . . . tunai yang menjadi unit menjadi tunai . . .
Semua isu terbenam, masalah tertanam, tohmahan terpendam.
Segalanya hanya fitnah !
Xavier Andre Justo ialah kunci segalanya. Sekarang semua sudah selesai.
Apa perlu siasatan PAC? Lapuran Ketua Audit Negara? Telitian Bank Negara? Buat apa itu semua? Fitnah dan tohmahan si tua nyanyok jangan dilayan. Lagi bagus bikin wang.
Hakikatnya, 1MDB durian runtuh buat negara. Kita semua kaya raya.
. . . Arul Kanda, Husni Hanadzlah, Ahmad Maslan wira gemilang; Nazri Aziz pendekar cemerlang . . . Lim Kok Wing kesatria tampan menawan di julang.
.Hidup Ah Jib Gor. Pahlawan Bugis terbilang !
.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget