KL CHRONICLE: Wan Azizah di Permatang Pauh, Masalah Sekolah Maahad Hamidiah Siapa Nak Selesaikan? #KakWan4PP #PRKPermatangPauh

Thursday, May 7, 2015

Wan Azizah di Permatang Pauh, Masalah Sekolah Maahad Hamidiah Siapa Nak Selesaikan? #KakWan4PP #PRKPermatangPauh




Nampaknya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terus bersikap tidak berhati perut dan bertanggungjawab apabila tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju yang meneruskan kerja pembangunan pangsapuri 36 tingkat berhadapan sekolah Maahad Hamidiah Kajang walaupun telah mendapat "Stop Work Order"  yang sekaligus akan membahayakan nyawa anak murid.


Lebih menyedihkan lagi, admin facebook Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang dilihat masih dalam "denial syndrome" apabila memuji Menteri Besar Selangor dan hanya menyalahkan MPKj dalam perkara ini. Namun dari segi pentadbiran, PBT seperti MPKj menjawab kepada EXCO PBT dan EXCO PBT menjawab kepada Menteri Besar. 

Jika difikir kembali, MB sebenarnya mempunyai kuasa mutlak dalam hal-hal di Selangor jika beliau ikhlas ingin membantu Sekolah Maahad Hamidiah namun MB lebih sibuk bermain politik dan mengeluarkan janji-janji palsu sahaja.

Lebih menyedihkan, Admin FB Maahad Hamidiah juga tidak sesekali menyebut tentang kelemahan ADUN Kajang yang merupakan Presiden PKR langsung tidak membantu dalam hal ini.  

Malah Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail kini sibuk berkempen di Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pula.Lebih baik beliau menasihati Timbalan beliau, Azmin Ali untuk menyelesaikan masalah sekolah agama ini dari sibuk berpolitik. Janganlah bertindak Zalim terhadap sekolah ini.

Kami di #KLChronicle berharap admin FB Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang membuka mata seluas-luasnya dan sedar anda sebenarnya telah dimainkan oleh MPKj, Pemaju dan Kerajaan Negeri Selangor. Malah ADUN anda sendiri tidak peduli apa yang berlaku di Kajang. 

Bagi rakyat di Permatang Pauh, pilihlah calon Ahli Parlimen yang betul. Jangan masalah yang berlaku di Kajang ini suatu hari nanti berlaku di tempat anda. Fikirkanlah. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget