KL CHRONICLE: @tunfaisal : 1MDB: Kehadiran Arul ke proseding PAC dipolemik golongan terdesak

Wednesday, May 27, 2015

@tunfaisal : 1MDB: Kehadiran Arul ke proseding PAC dipolemik golongan terdesak


Surat kepada Arul dan Shahrol bertarikh 20 Mei bukan 6 Mei 2015

1. Dimaklumkan bahawa surat jemputan yang meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir ke sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 26 Mei dikeluarkan pada 20 Mei dan hanya difakskan kepada mereka pada pukul 1130 malam 21 Mei. Maksudnya, mereka hanya diberi notis 2 hari bekerja untuk menyediakan jawapan dan mempertahan diri mengenai segala urusan 1MDB sejak tahun 2009.

2. Arul Kanda telah memaklumkan bahawa 1MDB menerima notis agak lewat dan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Manakala Shahrol pula memohon agar diberikan lebih masa untuk membuat persiapan.



3. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah menerima permintaan mereka berdua dan PAC telah bersetuju untuk memberikan mereka lebih masa untuk membuat persiapan.

4. Spin pihak anti-1MDB adalah mereka berdua tidak mahu memberikan kerjasama kepada PAC. Poster dan grafik palsu direka dan disebarkan oleh pihak anti-1MDB dua hari sebelum tarikh 26 Mei, kononnya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrn Buang menyatakan bahawa keputusan audit forensik tidak dapat dikeluarkan awal kerana pihak 1MDB tidak memberikan kerjasama.

tun faisal dot com: 1MDB: Kehadiran Arul ke proseding PAC dipolemik golongan terdesak - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/05/1mdb-kehadiran-arul-ke-proseding-pac.html?m=1

3 comments:

Abu Bakar said...
This comment has been removed by the author.
Abu Bakar said...

Siapa yang terdesak sebenarnya? Tarikh surat itu pada awal bulan Mei, tapi pasal apa pula lewat difakskan pula? Tentu ada agenda yang dah dirancang untuk menipu lagi.

Biasalah, dah dua kali menipu di parlimen pasal 1MDB, Speaker pula bila dah dapat tandas baharu, dapat perabot baharu, dapat buat ubah suai pejabat mengikut kehendak hati, terus kena cucuk hidung mengikut apa sahaja kehendak Najib, sampaikan Najib sampai kini lepas bebas buat apa sahaja walaupun terang-terangan Najib menipu parlimen Malaysia dan menipu kerajaan Malaysia dengan kenyataan palsu, daripada tunai ke aset, lepas tu ke unit pula, lepas ni tak taulah apa lagi auta mereka ini.

Untuk pengetahuan para blogger belaan Najib, sekarang ni rakyat dah pandang hina kepada institut penguatkuasaan, institut parlimen dah dipandang macam sampah kerana dah terang-terangan buat salah, rakyat dah bising, malahan ada yang dah buat repot polis, tapi tindakan tidak diambil.

Ini menyerlahkan bahawa para agensi seperti PDRM, SPRM, Speaker Parlimen, dan lain-lainnya hanyalah para badut yang dicucuk hidung oleh Najib supaya mengikut kehendak Najib. Najib buat salah apa kebenda pun tak akan diambil tindakan, kerana para badut yang menjadi ketua agensi/badan/institusi berkenaan dah jadi badut yang dah dicucuk hidung oleh Najib hingga mereka lupa tanggungjawab mereka, malahan mereka sanggup bersekongkol dengan suspek jenayah.

Najib sekarang ini adalah suspek penjenayah, dia telah melakukan kesalahan mengikut seksyen 128 kanun keseksaan yang mana Najib telah menipu parlimen, menipu kerajaan Malaysia dengan kenyataan palsu. Malahan Najib disyaki telah merompak harta negara ini melalui 1MDB.

Tapi apa yang Ketua Polis Negara buat? Hanya goyang telur pelir sahajalah, Speaker Parlimen pula tengah peluk perabot baharu dalam tandas baharu di pejabat baharunya yang telah diubah suai.

Inilah yang rakyat meluat, benci, menyampah, kerana macam isu klip video Tan Sri Muhyiddin menyuruh bangsat-bangsat dalam 1MDB yang menjahanamkan harta negara melalui 1MDB dipecat dan dilaporkan kepada polis, bukan main cepat dan riang Ketua Polis Negara ambil tindakan, tetapi bila melibatkan suspek jenayah yang dah terang-terangan buat salah mengikut seksyen 128 Kanun Keseksaan, malahan disyaki menjadi perompak harta negara melalui 1MDB, Ketua Polis Negara buat-buat tak perasan pulak.

Abu Bakar said...

Sebenarnya pihak yang terdesak adalah pihak yang telah merompak harta negara melalui 1MDB, mereka menggunakan 1MDB untuk berhutang berpuluh bilion ringgit, kemudian mereka gunakan perbendaharaan negara sebagai penjamin, bila mereka tak boleh bayar hutang, maka wang perbendaharaan negara untuk pembangunan rakyat, untuk membina infrastruktur seperti sekolah, hospital, klinik, jalan raya, akan dirampas dan digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang telah dirompak dan dijoli oleh para penyamun yang menjawat jawatan besar dalam 1MDB itu.

Malahan pihak yang terdesak itu juga dikhuatiri telah menggadai telaga petroleum dan gas asli di Terengganu, mereka takut rahsia mereka terbongkar, mereka takut nak berhadapan dengan PAC sebab nanti ditanya pasal telaga petroleum dan gas asli di Terengganu, mesti terkial-kial nak jawab.

Pihak PAC perlu memanggil Menteri Besar Terengganu sekarang ini untuk menjelaskan kedudukan telaga petroleum di perairan Terengganu apakah masih lagi milik Malaysia atau telah digadaikan untuk hutang 1MDB.

Mantan Menteri Besar Terengganu juga perlu dipanggil kerana beliau mendedahkan isu ini.

Walau apa pun, Najib sekarang adalah suspek jenayah kerana telah melakukan penipuan di dalam parlimen, memberikan dokumen, keterangan, maklumat palsu kepada sidang parlimen, menipu parlimen, menipu kerajaan Malaysia, dan menipu rakyat Malaysia. Najib perlu ditangkap kerana melakukan jenayah, sampai bila Ketua Polis Negara nak goyang telur pelir membiarkan suspek jenayah seperti Najib ini bergentayangan ke sana ke mari?

Apakah Ketua Polis Negara melihat PDRM adalah pasukan sarkas yang diketuai oleh badut yang telah dicucuk hidungnya mengikut segala telunjuk Najib sampaikan buat salah jenayah terang-terangan pun dibiarkan sahaja?

Malahan Speaker Parlimen, apakah hendak di lihat Parlimen itu sebagai gelanggang sarkas yang diketua oleh seorang Speaker Parlimen yang bertaraf badut yang dicucuk hidungnya oleh Najib, sampai terang-terangan Najib buat salah dalam sidang dewan, menipu sidang dewan pun Speaker buat tak peduli sahaja, apa nak jadi ni, Speaker dah jadi badutkah?

Ambil tindakan segara, kerana sekarang ini orang ramai di luar sana hanya mentertawakan sikap Ketua Polis Negara dan Speaker Parlimen yang berkelakuan seperti badut sarkas yang dicucuk hidungnya dan diseret ke sana ke mari mengikut telunjuk Najib.

Apakah itu yang Ketua Polis Negara dan Speaker Parlimen mahukan? Fikirlah sendiri.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget