KL CHRONICLE: Tahniah SPAD , #DemiRakyat Kini TEKS1M Bakal Berwajah Baru @SpadChannel

Tuesday, May 12, 2015

Tahniah SPAD , #DemiRakyat Kini TEKS1M Bakal Berwajah Baru @SpadChannel

Innova
Toyota Innova bakal dijadikan antara model TEKS1M

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan masalah kekurangan TEKS1M di negara ini sekaligus mengakibatkan keluhan daripada rakyat yang mahukan mutu perkhidmatan teksi dipertingkatkan dan juga kualiti teksi dinaiktaraf sejajar dengan kenaikkan tambang yang dilakukan baru-baru ini. 


Menurut kajian yang dilakukan, kini terdapat hanya 1,000 unit TEKS1M yang menggunakan model Proton Exora beroperasi di sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Namun jumlah 1,000 ini sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah optimum yang diperlukan iaitu 7,500 unit buah teksi TEKS1M. Bagi meningkatkan jumlah TEKS1M ini, SPAD kini dalam rangka cadangan untuk menjadikan Toyota Innova atau pun Nissan NV200 sebagai modek TEKS1M yang baru. Kenderaan Nissan NV200 ini telah banyak digunakan di New York sebagai teksi bandar. 

NV200 London-12
Nissan NV200 digunakan secara meluas di Amerika dan Eropah

Bagi kami di #KLChronicle, langkah SPAD ini tepat pada masanya kerana rakyat sudah lama mahukan perkhidmatan teksi yang berkualiti, selesa dan juga "reliable" dimana tidak ada lagi insiden teksi rosak yang terpaksa berhenti di tengah jalan sekaligus menyusahkan penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain. The people want their quality of life to be further improved dan apa yang SPAD lakukan ini adalah langkah kehadapan dalam memastikan kualiti hidup rakyat meningkat. 

Kerajaan BN melalui SPAD mendengar permasalahan dan kemahuan rakyat
Perlu diingatkan juga bahawa program TEKS1M ini yang pada awalnya diperkenalkan dengan model Proton Exora merupakan satu inisiatif murni Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimana ianya dilakukan dengan matlamat bagi meningkatkan imej kenderaan awam di Malaysia sehingga mampu bersaing dengan perkhidmatan pengangkutan awam dinegara maju lain sejajar dengan aspirasi negara mahu menjadi negara maju menjelang Tahun 2020. 

1 comment:

PAK JHONATANG DI MALAYSIA said...

Yang butuh angka togel 2d 3d 4d 5d 6d supayah anda bisa menang tlpon KI SUTA WIJAYA di 082354147666 atau >>>>KLIK DISINI<<<< .trimakasih

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget