KL CHRONICLE: Pemimpin Umno gesa Pengurusan 1MDB jangan membisu isu tuntutan hutang RM3.6 bilion

Wednesday, May 13, 2015

Pemimpin Umno gesa Pengurusan 1MDB jangan membisu isu tuntutan hutang RM3.6 bilion

Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mei, 2015.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menerima tekanan berhubung kedudukan kewangannya apabila Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa pengurusan syarikat itu menjawab segera laporan media ia perlu segera membayar balik AS$975 juta (RM3.52 bilion) kepada 6 bank.

"Saya menggesa pengurusan 1MDB menjawab dahulu isu yang dilaporkan oleh pihak media ini.




"Tempoh mutakhir ini bukan waktunya untuk 1MDB berdiam diri dan membisu.

"Tidak ada istilah 'elegant silence' dalam isu seperti ini," kata Reezal dalam kenyataannya.

Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.

Ia berikutan pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Reezal berkata kelewatan 1MDB dalam menjawab isu yang dilontarkan terhadap mereka merupakan sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab".

"Saya cukup yakin, sebagai kumpulan 'profesional', pengurusan kanan 1MDB ada jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini.

"Sayangnya, mereka tidak mengambil tindakan yang cepat dan gemar melihat persepsi buruk terbina terlebih dahulu," katanya.

Katanya, sikap 1MDB bakal memburukkan Barisan Nasional (BN) di mata rakyat.

"Selagi mereka lewat membuat tindakan, selagi itulah isu 1MDB 'bernanah' di mata rakyat, sekali gus mencabar wibawa dan integriti kerajaan.

"Ada ungkapan, 'Beritahu perkara sebenar, atau ada orang lain yang buat begitu'.

"1MDB mesti lebih pantas menjawab isu," katanya. – 13 Mei, 2015.

3 comments:

Labu8455 said...

1MDB telah pun memaklumkan sebelum ini bahawa mereka tidak akan melayan sebarang spekulasi dan berita dari NST S'pore juga cuma satu lagi spekulasi semata.

Unknown said...

labu labu

habis apasal kangkung dan hippo selalu sangat SAMAN ramai pihak

tiba tiba tak nak layan spekulasi??

ada bangkai gajah yg akan bergolek

oooppss mungkin bangkai hippo lumpy dumpy yg melenyek kangkung bangang

Mohamad Hasril said...

Xpe.ada 1 billion lg kat bsi kata najib aritu.. apae ada hal.. sok lusa ble kuarkan byr utang.. btl x en najib

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget