KL CHRONICLE: Menjawab Fitnah Jijik Zainuddin Maidin, Bekas Menteri Penerangan Zaman Tun Mahathir #KekalNajib

Monday, May 11, 2015

Menjawab Fitnah Jijik Zainuddin Maidin, Bekas Menteri Penerangan Zaman Tun Mahathir #KekalNajib

Pegi umrah untuk beribadah atau untuk berpolitik?

Zainuddin Maidin (Zam), nama yang tidak asing lagi didalam kancah politik tanah air kini dilihat terus mengasak Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak untuk terus letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti. Namun, yang menariknya, Zam tidak pula memberi sebarang nama "alternatif" bagi menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak. 


Lebih melucukan adalah telahan Zam yang mengatakan bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini akan mendesak secara berhemah supaya Presiden parti meletak jawatan bagi memastikan "survival" politik UMNO. Namun, apa yang jadi adalah sebaliknya. Selepas mesyuarat MT sebentar tadi, ahli MT sebulat suara menyokong pentadbiran Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri. 

Zam bernasib baik kerana Malaysia kini dipimpin oleh Najib Razak dimana beliau terbuka dalam menerima sebarang kritikan terhadap pentadbiran beliau bukan sahaja dari luar parti, tetapi dari dalam parti juga. Tidak ada lagi tindakan disiplin yang dikenakan kepada mana-mana ahli parti yang mengkritik YAB Perdana Menteri, malah PM terus menjawab satu-persatu segala persoalan yang dibangkitkan.

Apa dah jadi?
Memandangkan Zam suka sangat membawa fitnah dan merosakkan parti UMNO dengan menjadi duri dalam daging, kami ingin bertanya kepada Zam apa terjadi pada janji beliau pada 20 Januari 2015 yang lalu dimana beliau berkata sudah tidak mahu komen tentang isu politik semasa? 


Zaman Tun Mahathir bukan dikira "bailout"?
Kami juga ingin bertanya kepada Zam, pada pendapat beliau, pada tahun 1998, semasa zaman pentadbiran idola beliau Tun Mahathir, Tabung Haji yang dipengerusikan oleh adik ipar Tun Mahathir telah membayar RM 504 juta kepada syarikat milikan swasta (Maju Holdings & Swasta Setia Holdings) untuj dua buah bangunan yang mengikut penilaian profesional berharga RM 268 juta sahaja. Ini menunjukkan Tabung Haji telah OVERPAID bagi memiliki dua bangunan tersebut sebanyak RM 236 juta. Adakah ini bukan satu pembaziran dan juga boleh dipanggil "bailout" kerana ketika itu umum ketahui bahawa Maju Holdings dan Swasta Setia Holdings mempunyai masalah "cash flow" . 

Memandangkan Zam suka sangat mengkritik pentadbiran sekarang, kami rasakan elok juga beliau dapat memberi pencerahan kepada salahguna kuasa dan pembaziran yang telah berlaku pada zaman beliau. Boleh?

1 comment:

Unknown said...

Biar saya jawab..nama Alternatif yg spatutnya ganti DSNjib adalah timbalannya TSMuhyidin.. kmi ahli Umno akar umbi sudah tk percaya Najib.. kami mahu timbalan pula yg jdi Presiden Umno

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget