KL CHRONICLE: Kini Pengusaha Bas Ekspress Pula Hantar Memorandum Kepada SPAD Minta Kenaikan Harga Tambang @SPADChannel

Friday, May 15, 2015

Kini Pengusaha Bas Ekspress Pula Hantar Memorandum Kepada SPAD Minta Kenaikan Harga Tambang @SPADChannel



Tajuk berita diatas menceritakan segalanya. Baru-baru ini, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) telah menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengkaji kenaikkan tambang bas Ekspress  di Semenanjung Malaysia. Jika pembaca masih ingat, pada Mac 2015 yang lalu, SPAD telah mengumumkan kenaikkan tambang bas ekspress untuk perjalanan seluruh negara sekitar RM 4.60 hinggan RM 11.00. Namun, akhirnya ianya ditangguhkan atas nasihat serta keprihatinan Perdana Menteri.



Walaupun demikian, isu tambang bas ekspress ini masih tidak selesai. SPAD kini berada dalam keadaan yang serba salah, dimana pada satu pihak (pengusaha bas ekspress) mahu tambang dinaikkan, namun satu lagi pihak (pengguna) tidak mahu tambang dinaikkan. Kedua-dua pihak ini mempunyai sebab yang boleh diterima. Apa yang harus SPAD lakukan?

Pihak pengusaha bas mahukan kenaikkan tambang dilakukan akibat kos operasi yang semakin meningkat, dan juga harga tambang bas ekspress yang sudah lama tidak dinaikkan sekaligus menyebabkan kadar keuntungan syarikat juga semakin berkurang. Malah, PEMBAWA meminta kerajaan memuktamadkan pelaksanaan kenaikan tambang bas sebelum Ramadan kerana bimbang ada syarikat yang mungkin gulung tikar sebelum bulan Ramadan akibat tidak lagi mampu menampung kos operasi yang tinggi. 

Bagi pihak pengguna, mereka membantah kenaikkan harga tambang kerana kenaikkan harga tambang bas ekspres ini akan menyebabkan kos sara hidup mereka meningkat. Namun, jika kita teliti kembali, penggunaan bas ekspress oleh pengguna bukanlah setiap hari, dalam erti kata mudah kita tidak menaiki bas ekspress setiap hari untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Selalunya, sebagai pengguna kita menaiki bas ekspress untuk pulang ke kampung dan bercuti sahaja. Jadi kenaikkan tambang ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap struktur kewangan harian kita kerana tambang bas harian seperti RapidKL, Metrobus dan sebagainya tetap kekal seperti biasa. 

Kami di #KLChronicle menyeru kepada pembaca supaya memberikan cadangan kepada kami bagaimana untuk SPAD menyelesaikan permasalahan tambang ini. Adakah anda:

  1. Bersetuju tambang dinaikkan JIKA mutu perkhidmatan bas ekspress juga ditingkatkan mungkin dengan menyediakan perkhidmatan Wifi didalam bas? 
  2. Tidak bersetuju tambang dinaikkan. Jika anda tidak bersetuju, diharap anda dapat memberikan cadangan bagaimana syarikat pengusaha bas ekspress ini mahu menyelesaikan masalah kos operasi mereka yang semakin meningkat? 
Diharap dengan perbincangan yang kita lakukan secara ilmiah ini, masalah kenaikkan harga tambang bas ekspress dapat diselesaikan sekaligus mewujudkan satu win-win situation kepada kedua-dua pihak. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget