KL CHRONICLE: Kini Mat Sabu ikut rentak @cmlimguaneng , perlekeh kepimpinan Haji Hadi

Saturday, May 30, 2015

Kini Mat Sabu ikut rentak @cmlimguaneng , perlekeh kepimpinan Haji Hadi

Mat Sabu mempunyai hubungan yang rapat dengan Lim Guan Eng dan @dapmalaysia

Krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan Timbalan Presiden Mohamad Sabu kini dilihat mengikut rentak parti DAP dengan semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan PAS 2015, mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar Pakatan Rakyat (PR).


"Pidatonya begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya di Rusila , kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Anwar Ibrahim, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa PAS malam tadi.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Abdul Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan PAS nanti. Ahmad Awang dan Mat Sabu adalah wakil kumpulan Pro-Anwar Ibrahim dalam pemilihan muktamar PAS pada kali ini.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan membawa PAS keluar daripada PR jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti dan terus menghina Agama Islam selepas tidak bersetuju dengan usaha parti Islam itu untuk melaksanakan hukum Allah swt iaitu hudud di Kelantan.

Ramai pemerhati politik melihat pemilihan PAS pada muktamar tahunan pada 4 hingga 6 Jun itu nanti sebagai pertembungan antara golongan ulama dan bukan ulama atau "Anwaristas" mengambil sempena nama Ketua Umum pembangkang iaitu Anwar Ibrahim. 

Mohamad yang dilihat pemerhati politik sebagai pro kepada dinasti Lim Kit Siang & Lim Guan Eng, turut memberikan contoh senario di Kelantan sekitar 80-an ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin PAS Kelantan, tapi gagal memerintah negeri itu kerana tidak bergabung dengan parti lain.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus mengekalkan PAS dalam PR jika dipilih menerajui parti itu nanti. – Bernama, 30 Mei, 2015.

1 comment:

abg_nik said...

Mat Sabu ni tinggi juga angan2nya

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget