KL CHRONICLE: KEMALANGAN DI DUKE : KELEMAHAN UNDANG2 SIVIL BERBANDING SYARIAH

Monday, May 4, 2015

KEMALANGAN DI DUKE : KELEMAHAN UNDANG2 SIVIL BERBANDING SYARIAH



1) Semua lapisan masyarakat Malaysia melahirkan kesedihan terhadap insiden kemalangan maut yang menimpa sebuah keluarga di Lebuhraya Duke semalam. Kemalangan yang menyebabkan kematian suami isteri beserta seorang bayi berumur 7 bulan. 



2) Yang menjadi kemarahan awam adalah apabila dilaporkan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan berlaku perlumbaan haram antara 6 buah kereta Myvi di tempat kejadian. Apa yang perlu kita fikirkan juga adalah bagaimana nasib 2 orang lagi anak mangsa yang masih lagi kecil untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia ini tanpa tanggungan ibu bapa disisi.

3) Jika diteliti undang-undang Sivil, diperuntukkan di bawah Seksyen 41 yang pesalah hanya dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun. Serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

4) Akan tetapi, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya samada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Bahkan, denda yang dikenakan kepada penjayah tersebut hanya diberikan kepada kerajaan bukannya kepada keluarga mangsa. Melainkan perlu melalui tuntutan file di mahkamah yang sudah pasti akan melalui prosedur dan kos yang berlainan.

5) Ia sangat berbeza dengan ketetapan yang telah ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini. Dalam Islam, sebarang jenayah pembunuhan seakan-akan sengaja (Shibhu 'amd) tanpa niat, diwajibkan kepada penjenayah untuk membayar diyaat (Ganti rugi) kepada keluarga mangsa bukannya kerajaan.

6) Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (Dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (Diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.

7) Walaubagaimanapun para ulama’ berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas – 1,000 dinar
b. Wang Perak – 10,000 dirham
c. Lembu – 200 ekor
d. Kambing – 2,000 ekor
e. Persalinan – 200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyaat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyaat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyaat penuh. 

8 ) Cuba bayangkan jika di dalam kes ini yang menyebabkan kematian seramai 3 orang, maka penjenayah perlu membayar ganti rugi tersebut kepada waris mangsa dalam kadar 3 kali ganda daripada kadar diyaat asal iaitu dalam kiraan kasar adalah lebih kurang RM1.2 juta.

9) Disinilah dapat kita teliti rahmatnya undang-undang Syariah Islam berbanding undang-undang Sivil kerana ia bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah akan tetapi dapat membela waris mangsa dengan sewajarnya. 

Kesimpulannya,  Undang-undang Syariat ini jelas membawa rahmat dan kesejahteraan kepada alam keseluruhannya.

1 comment:

Kabus Ibra said...

Aku tidak pakar pun dalam undang undang Islam ini ..

Cuma secara ringkasnya selain hudud bagi kesalahan yang sudah ditentukan dengan hukuman yang tertentu juga di sana ada Qisas dan Takzir..bagi kedua terakhir ini 'pemerintah' boleh melaksanakan hukumanan/menentukan hukuman dengan budi bicara sendiri sekiranya tidak ada 'precident' dari Al Quran dan Hadith ...tidak ada hukuman tertentu bagi kesalahan lalulintas dalam Islam..ia adalah budi bicara Khalifah dan kerajaannya !! Terpulanglah kepada pemerintah untuk menentukan warna 'traffic light' tiada dalam Quran atau Hadith yg memestikan warna 'traffic light' tidak ada warna wajib, warna harus atau warna haram !! Itulah keluasan dan keanjalan Islam...

Namanya pun 'kemalangan' dan saat anda berada di atas jalan raya anda sudah terdedah kepada sebarang kemungkinan yg disebut kemalangan..sudah tentu niat untuk membunuh tidak mampu untuk dibuktikan kecuali dalam kes kes tertentu yang memang ada niat dan persediaan untuk melanggar seeorang dengan tujuan membunuh !!

Oleh kerana aku tidak arif dan tidak terdedah kepada hukum hakam Hudud secara detail..aku tidak tahu sama ada di sana ada kesalahan cubaan membunuh, kesalahan membunuh tanpa niat atau tanpa senghaja, serta tentang hukum hakamnya melainkan selepas membaca tulisan ini....

Secara ringkas penulis menganggarkan hukuman diyat yg boleh dikenakan ke atas pesalah yang disabitkan (contoh dalam kes ini) ialah 100 ekor unta X 4,000 X 3 nyawa..1.2 juta dan menyimpulkan tentang rahmat, teliti dan membawa kesejahteraan serta dapat menghukum penjenayah...

Apakah pesalah mampu membayar 1.2 juta ringgit?? paling kuat pun 'budak myvi' itu ada 10 ekor unta..iaitu hutang myvi dia dengan bank !!! habis kalau dia tak mampu bayar .. boleh tolong jelaskan apa yang perlu dibuat???

Aku bukan menentang hukum Islam .. cuma nak bagi tahu anak anak kita kambing seekor pun dia tak ada !!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget