KL CHRONICLE: Kami Mahu Aung San Suu Kyi pulangkan Anugerah Nobel Keamanan #Rohingya

Sunday, May 24, 2015

Kami Mahu Aung San Suu Kyi pulangkan Anugerah Nobel Keamanan #Rohingya

Mingguan Malaysia hari ini menggesa Hadiah Nobel Keamanan yang dianugerahkan kepada tokoh pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi, dipulangkan semula selepas beliau gagal membela nasib umat Islam Rohingya negara tersebut.

Penulis ruangan Awang Selamat di akhbar milik Umno itu berkata, tindakan berdiam diri Suu Kyi ketika umat Islam ditindas pemerintah dan golongan ekstremis agama Buddha sesuatu yang memalukan.

"Jika Suu Kyi memilih untuk terus membisu, yang boleh ditafsir bersubahat, Awang cadangkan beliau pulangkan sahaja Hadiah Nobel yang dimenanginya.

"Memang tiada nilai dan hanya memalukan diri sendiri," kata Awang hari ini.

Awang berkata, sebagai seorang yang kononnya tokoh keamanan, Suu Kyi sepatutnya menunjukkan keprihatinan kepada golongan minoriti yang ditindas tanpa mengira agama dan kaum.

"Kini selepas Suu Kyi bebas, beliau tidak menampakkan keprihatinan kepada penduduk minoriti yang dicabul hak asasi melampaui batas.

"Setahu Awang, pemenang Hadiah Nobel harus berpegang kepada prinsip yang murni sepanjang masa dan tanpa kompromi," katanya.

Sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh, Suu Kyi sepatutnya boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik membabitkan penganut agama Islam Rohingya, kata Awang.

"Apatah lagi beliau kini merupakan politikus yang berpengaruh di Myanmar yang boleh memainkan peranan signifikan membela nasib minoriti yang tertindas," katanya.

Kemelut pelarian Rohingya mendapat perhatian baru-baru ini selepas bot yang membawa rata-rata penganut Islam dari Myanmar itu terapung di lautan berikutan keengganan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia menerima mereka.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tindakan menghalau mereka boleh mengundang krisis kemanusiaan yang serius.

Malaysia sebelum ini terus menolak bot mereka kembali ke lautan.

Bagaimanapun, terkini, selepas desakan dan kritikan, kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju memberi kebenaran untuk mereka mendarat serta memberi bantuan. – 24 Mei, 2015.

Komen : Mana portal pembangkang seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, The Rocket dan sebagainya, mana mereka menghilang dan bertindak membisu seribu bahasa walaupun mengetahui kerajaan budhist Myammar membunuh ribuan warga Rohingya yang beragama Islam? Kenapa tidak ada desakan kepada Aung San Suu Kyi dari puak-puak ini? UMNO juga yang bangkit mempertahankan saudara sesama Islam kita.

2 comments:

Abu Bakar said...

Rakyat juga mahukan Najib supaya memulangkan harta negara yang diselewengkan melalui 1MDB.

Tanah seluas 500 ekar di Sungai Besi, harga sekaki persegi RM 3,000.00 sekaki persegi dijual dengan harga RM 90.00 sekaki persegi kepada 1MDB, berapa bilion kerajaan rugi, kiralah.

Tanah seluas 70 ekar di TRX, kononnya nak bina pusat komersil untuk bumiputera, tapi akhirnya dijual kepada 1MDB dengan harga RM 64.00 sekaki persegi, sedangkan harga sebenar adalah RM 7,000.00 sekaki persegi, berapa bilion lagi kerajaan rugi, kiralah.

Penyelewengan di atas menyebabkan rakyat kerugian peruntukkan pembangunan berbilion ringgit.

Najib perlu dibicarakan atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada sidang parlimen. Najib memberikan kenyataan yang bercanggah mengenai isu USD 1.103 bilion wang yang dihutang oleh 1MDB yang kononnya dilaburkan di Cayman Island, lepas tu kata dah tebus pelaburan itu, dibawa dan disimpan di Singapura kerana Najib menuduh Bank Negara banyak karenah kalau wang itu dibawa ke negara ini dan disimpan ke negara ini. Kemudian Najib buat U-Turn kata yang disimpan itu bukannya wang tunai, tapi aset, lepas tu dari Kementerian Kewangan pula kata yang disimpan itu unit.

Jawapan oleh Najib dalam sidang parlimen sebelum ini adalah suatu penipuan. Berdasarkan Seksyen 218:

“Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

Dalam perkara ini, Speaker parlimen perlu membuat laporan polis kerana Speaker parlimen yang menguruskan sidang parlimen, serta bertanggungjawab berhubung apa-apa urusan berkaitan sidang parlimen.

Bila Speaker Pandikar Amin Mulia nak buat laporan polis?

Sebelum ini Pandikar Amin Mulia pernah menipu mengenai isu surat perletakan jawatannnya, sekarang ini Pandikar Amin Mulia perlu bersikap integriti dengan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang disahkan menipu oleh Menteri Kewangan iaitu Najib yang juga Perdana Menteri?

Apakah Pandikar Amin Mulia seorang yang berintegriti atau orang yang menyokong golongan penyeleweng kerana mementingkan pangkat dan jawatan?

Pandikar Amin Mulia perlu membuat pilihan, apakah dia seorang yang jujur dan amanah yang layak memegang jawatan Speaker Parlimen, atau pun dia seorang yang mementingkan jawatan dan pangkat dengan bersekongkol dengan golongan penyeleweng yang melakukan jenayah yang menyebabkan integriti Pandikar Amin Mulia tidak boleh dipercayai dan khianat terhadap negara dan dia tak layak menjawat jawatan Speaker Parlimen, di mana orang yang bersubahat dengan penjenayah adalah tidak layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, apatah lagi jawatan Speaker Parlimen.

Kita juga menantikan jawapan dari para menteri dan tukang ampu Najib berhubung hal ini.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget