KL CHRONICLE: Insurans Kapal, Kelasi: Satu Inisiatif ke Arah Negara Berdayasaing @Akaprawi

Thursday, May 28, 2015

Insurans Kapal, Kelasi: Satu Inisiatif ke Arah Negara Berdayasaing @Akaprawi



Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Ab Aziz Bin Kaprawi dalam Utusan Malaysia bertarikh 27 Mei 2015, kami ingin menarik perhatian pembaca tentang kepentingan inisiatif ini bagi industri perkapalan tempatan.




Sehingga kini, syarikat perkapalan menginsuranskan aset mereka dengan syarikat insurans antarabangsa. Transaksi tersebut menggunakan matawang US$ dollar. Kapal yang diinsuranskan pula hanya kapal seberat 300 metrik ton dan ke atas.

Antara faedah yang diperolehi oleh syarikat perkapalan dan Kerajaan Malaysia

1. Transaksi menggunakan matawang Ringgit Malaysia (RM)
2. Kapal bersaiz bawah 300 metrik ton juga diinsuranskan
3. Mengurangkan aliran wang tunai ke luar negara sekaligus mengukuhkan kedudukan matawang negara
4. Syarikat perkapalan atau Kerajaan Malaysia tidak perlu menanggung kos yang tinggi jika berlaku tragedi kapal karam. Kerja-kerja 'recovery' untuk kapal karam menelan kos yang tinggi.

Faedah yang diterima dari inisiatif ini bakal memberi impak positif buat industri perkapalan negara
1. Menarik lebih banyak syarikat perkapalan untuk beroperasi dan berpangkalan  di Malaysia
2. Membuka peluang perniagaan dalam perkhidmatan sokongan seperti pembekalan bahan makanan, pemindahan krew, freight forwarder dan sebagainya
3. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang perkapalan yang merupakan salah satu pekerjaan berpendapatan tinggi

Secara konklusinya, kami di #KLChronicle berpendapat langkah proaktif yang diambil oleh Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan adalah satu tindakan yang tepat sejajar dengan keadaan semasa. Apa yang dilakukan oleh Datuk Aziz Kaprawi adalah bagi memastikan kesejahteraan kelasi terjamin. 

Mudah-mudahan lebih banyak polisi seperti ini dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget