KL CHRONICLE: Ini Komen Timbalan Presiden MCA @weekasiongmp Tentang #RMK11

Thursday, May 21, 2015

Ini Komen Timbalan Presiden MCA @weekasiongmp Tentang #RMK11

Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong memuji langkah kerajaan meneruskan Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina
Pertama sekali, kami di #KLChronicle ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak kerana telah membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 dimana hala tuju negara bagi tempoh 5 tahun akan datang telah ditetapkan. Antara intipati RMK-11 bagi masyarakat Cina adalah kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina. 



Menyedari bahawa kerajaan telah melanjutkan Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina, Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong telah telah berterima kasih kepada kerajaan kerana usaha murni kerajaan Barisan Nasional ini akan memberi peluang kepada peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari 607 buah kampung baru Cina kini diberi peluang untuk memulakan perniagaan mereka. Menurut Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong;

Great thanks to PM YAB Dato' Sri Najib Tun Razak for a progressive, forward looking #RMK11 for the next five years to reach our shared goal of a developed high-income Malaysia. Especially grateful Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina is to be continued to assist traders in 607 Chinese New Villages to start up small businesses. This programme has been very well received from 2011 to 2014 and the response for more help is growing.

Bagi kami di #KLChronicle, kerajaan BN telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan bahawa kebajikan serta kesejahteraan masyarakat Cina dilindungi oleh kerajaan Barisan Nasional. Ini membuktikan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tetap mengambil berat tentang masyarakat berbangsa Cina walaupun beliau dilabel sebagai seorang pemimpin yang kononnya racist oleh pihak pembangkang. 

Malah, kini telah terbukti semua usaha kerajaan sedang berhasil apabila sokongan masyarakat Cina kepada BN telah meningkat dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh. Ini membuktikan masyarakat berbangsa Cina kini telah mula kembali menyokong BN dan yakin dengan kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak. Bagi kami di #KLChronicle, kami berharap langkah-langkah baik yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri akan dapat terus dikekalkan dan mungkin dibaiki demi kesejahteraan rakyat. 

2 comments:

Fikir said...

Aisehman

kangkung masih nak ampu cina ke?

dah kena tsunami cina pun nak bagi hadiah

kalau nak ajar siBugis pondan dan hippo minang - adakan tsunami Melayu pulak

baru padan

Fikir said...

Macam macam acronymlah
1Malaysia
BR1M
1MDB
IM4U
OUR INSPIRATION
WE LOVE U

Nak pimpin ke nak glamor

Theory berlambak - Practical takde pun

Lagi nak buat macam macam program

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget