KL CHRONICLE: Arul Kanda Tidak Sabar Mahu Dedahkan Hal Sebenar #1MDB kepada PAC

Tuesday, May 26, 2015

Arul Kanda Tidak Sabar Mahu Dedahkan Hal Sebenar #1MDB kepada PAC



Pengurusan atasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan sekeras-kerasnya fitnah jijik Rafizi Ramli bahawa mereka enggan menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebaliknya mengatakan mereka "menunggu peluang" menceritakan kedudukan mereka.


Presiden Arul Kanda Kandasamy memberi jaminan akan bekerjasama penuh sepanjang siasatan, mengatakan beliau dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi akan hadir memberi keterangan kepada PAC.

"Seperti disahkan pengerusi PAC terdahulu hari ini, tarikh kehadiran sedang dimuktamadkan kerana tarikh awal yang dicadangkan sebelum ini bertembung dengan komitmen jadual di luar negara dibuat sebelum ini.

“Kedua-dua Arul dan Shahrol menunggu masa untuk tampil di hadapan jawatankuasa itu dan berpeluang menjelaskan kedudukan 1MDB," kata Arul dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata, kedua-dua pihak memohon penangguhan kepada pendengaran yang sepatutnya dijadualkan esok.

Shahrol merupakan CEO 1MDB daripada Januari 2009 sehingga Mac 2013, manakala Arul dilantik ke dalam syarikat itu bermula awal Januari tahun ini.

Arul kini dilaporkan berada di luar negara atas urusan perniagaan, manakala Shahrol memohon penangguhan selama sebulan sebagai tempoh persediaan untuk pendengaran 1MDB.

Mereka merupakan saksi penting dalam siasatan PAC ke atas syarikat milik Kementerian Kewangan itu, yang menanggung hutang RM42 bilion dalam masa enam tahun beroperasi.

1 comment:

Fikir said...

Rafize sebagai pembangkang sedang menjalankan tugasnya dgn semangat.

Tetapi kangkung ni terbukti blur sotong asyik nak tunda sana sini. Pegawainya harus diperintah menghadapi PAC.

Takkan lah jadual waktu begitu KETAT sampai nak tunda SATU BULAN.

Apa punya spin ni. Makin hari makin NAMPAK penipuan 1MDB.

Blogger ni tak payah lah susah payah tegakkan benang basah kuyup. Tak laku lagi.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget