KL CHRONICLE: Tangkap @Jho_Low & Bawa Pulang ke #Malaysia

Wednesday, April 15, 2015

Tangkap @Jho_Low & Bawa Pulang ke #Malaysia


Kami di #KLChronicle ingin mendesak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bekerjasama dengan Agensi Polis Antarabangsa, Interpol dalam menangkap Billionair Jho Low dan membawa beliau pulang ke Malaysia untuk didakwa dan jika terbukti ada kes jenayah didakwa di Mahkamah Malaysia. Ini kerana, akibat tindakan Jho Low melalui apa yang didedahkan oleh wesbite Sarawak Report,  syarikat milik kerajaan iaitu 1MDB kini telah berhutang RM 42 Billion. 



Malah, menurut Sarawak Report, Jho Low juga merupakan antara "mastermind" urusan perjanjian 1MDB dengan Syarikat PetroSaudi walaupun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan secara rasmi didalam 1MDB. Persoalanya sekarang, bagaimana seorang yang tidak bekerja untuk 1MDB boleh memberi arahan kepada MD/CEO 1MDB ? bukankah ini campur tangan dalam urusan syarikat?


Lebih menyedihkan, isu 1MDB dan Jho Low ini akhirnya membawa kepada salah faham dan persengketaan antara Ayahanda Tun Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah akibat persengketaan ini, UMNO telah berpecah belah sehingga pemimpin-pemimpin sayap parti Pemuda, Puteri dan Wanita terpaksa menyatakan sokongan terbuka terhadap Presiden hanya untuk menunjukkan persepsi kepada rakyat bahawa UMNO masih kukuh dan bersatu. 

Selain itu, bukan hanya kami di #KLChronicle yang mahu Jho Low pulang ke Malaysia dan berdepan siasatan, malah Ketua Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Reezal Merican juga mahu Jho Low pulang ke negara dan berdepan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) dan Ketua Juruaudit Negara. Lebih celaka lagi, Jho Low kini salahkan UMNO kerana kegagalan 1MDB walaupun beliau (Jho Low) tahu bahawa UMNO dan ahli akar umbi UMNO tidak tidak pernah sekali campur tangan dalam urusan pentadbiran 1MDB. Namun kini UMNO pula dipersalahkan.

Perlu diingatkan bahawa pihak pembangkang terutamanya Rafizi Ramli dan Tony Pua yang mula menyerang Jho Low dan membongkar segala muslihat beliau. Namun, kenapa Jho Low tidak menyerang Tony Pua dan Rafizi Ramli, sebaliknya parti keramat UMNO yang diserang? Cuba fikirkan perkara ini. Salahkah UMNO dalam isu 1MDB? 




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget