KL CHRONICLE: #TahukahAnda Perkhidmatan @MyRapidKL Tidak Dikenakan #GST ?

Wednesday, April 1, 2015

#TahukahAnda Perkhidmatan @MyRapidKL Tidak Dikenakan #GST ?


Menyedari bahawa kebanyakan rakyat menggunakan pengangkutan awam teruatamanya perkhidmatan #RapidKL untuk bergerak di ibukota Kuala Lumpur, kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Tun Razak telah menetapkan bahawa perkhidmatan RapidKL tidak dikenakan GST bagi memastikan rakyat terus menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang baik lagi efisien. 



Bagi kami di #KLChronicle. langkah kerajaan untuk tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan RapidKL adalah amat tepat pada masanya kerana umum ketahui bahawa peningkatan sebanyak 6% ini sedikit sebanyak juga akan membebankan pengguna. Langkah ini juga menunjukkan bahawa Perdana Menteri dan Kerajaan prihatin dan mendengar denyut nadi rakyat. 

Kami juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada syarikat Prasarana, operator perkhidmatan #RapidKL yang juga mengekalkan harga tambang perkhidmatan LRT, Monorail dan bas RapidKL walaupun umum ketahui kos operasi perkhidmatan awam kini semakin meningkat ekoran implimentasi GST oleh kerajaan. Namun, Prasarana telah mengambil keputusan untuk menampung sebarang kenaikkan kos dan tidak membebankan pengguna.  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget