KL CHRONICLE: Tahniah @IsmailSabri60 , Kini Wujudkan Universiti Agro Industri Pertama di #Malaysia

Tuesday, April 21, 2015

Tahniah @IsmailSabri60 , Kini Wujudkan Universiti Agro Industri Pertama di #Malaysia


Tahniah diucapkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah bersikap proaktif dalam mewujudkan Universiti Agro Industri dimana universiti ini adalah "one of its kind" di negara ini. 



Universiti Agro Industri ini akan diletakkan di bawah kelolaan Mardi dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang akan secara khususnya menumpukan matapelajaran dalam bidang industri pertanian dengan lebih menekan aspek praktikal berbanding dengan aspek teori yang kini diajar di universiti lain. Sesi pembelajaran pertama Universiti Agro Industri akan bermula pada Ogos tahun ini.

Dengan permulaan seramai 100 pelajar di peringkat Diploma yang akan dipilih, pengajian dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu akan dijalankan di Institut Penyelidikan Mardi, Serdang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, universiti ini tidak sama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun mengutamakan sektor pertanian kerana pelajar akan diberi penekanan dan fokus dalam bidang itu dengan lebih spesifik.

“Matapelajaran adalah lebih teknikal dan praktikal berbanding teori kerana kita mahu melahirkan agropreneur yang benar-benar mempunyai kemahiran dalam bidang ini apabila tamat pengajian.

“Buat masa ini, kita hanya menumpukan kepada 100 orang pelajar, dan berhasrat menubuhkan kampus sendiri dan mewujudkan program berkembar bersama universiti di luar negara pada masa akan datang,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pihaknya telah menandatangani perjanjian MOU bersama UniKL pada penghujung tahun lepas, memandangkan UniKL mempunyai pengalaman dalam penjanaan pentadbiran sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Jika sebelum ini, ramai beranggapan industri pertanian ini tidak mampu memberikan pendapatan yang lumayan, namun melalui pengajian di Universiti Agro Industri ini kelak, pemikiran itu akan dapat diubah,” kata beliau.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget